Pages

Thursday, April 26, 2012

LUAHAN HATI KU


sy dan awk trjalin dgn 1 kta iaitu “cinta”.. dimna sy dan awk berusaha utk mlengkpi dan menutupi kekurngan.
Sy dan awk owez kta “ maafkan sy…. Atau… sy maafkan awk”
Ttpi keadaan jd sukar utk sy dan awk kerna hanya melafazkn “saya cintakan awak” tnp memhami erti ditengah-tengah antr sy dan awk..
Antra sy dan awk ada sdikit jurang bila awk tak cuba memahami sy dan meminta sy memahami awk.. awk tau tak? Sy dah berusaha buat yg terbaik utk hubunggan kita. Sy terkilan awk tak pernah nmpak apa yg sy lakukn utk awk..sy sedih awk…

Emm.. awk dan sy tahu dlm setiap perhubungan ada kisah suka dan duka cinta ibara kaca yang harus di jaga.. janggan biarkan ia jatuh kelantai kerna ia mudah bekecai... begitulah juga antara sy dan awk
Rajuk dan pujuk itu sudhlh pasti kerna ia rencah dlm hubungan sy dan awk.. tak kisahlah antra sy dan awk kerna kita owez kta “ sy tak nak kehilngan awk”. Tp?? Sy mula rsa sedih dan terkilan bila awk tak pernah improved apa yang awk maksudkan.. terkdng sy terkilan bl sy mahukan pnjelasn, awk akn berdiam dri. Sy tau berdiam itu lebih baik tp….awk kena faham [ ur silent killing me!!!]
Bl sy kta awk dah berubah, awk tak sma mcm dlu kita knal.. sy tanya “awk dah tak sayang sy ker??” awak ckp “still loving u”.

ntahlh awk..urg kt ati dan mulut kdg2 x sehluan..
Awk kt ‘‘prcylh pd jdoh d tgn Allah..sape taw jdoh awk dtg dlu” betpa hncurnya ati sy bl urg yg sy cntai slmba kt camtu. Tp ati kt “sabar aje ler” wlo sy nk protes “buknkh itu satu doa jugak nmanya???” emmm..
Kdg2 sy trsa ltih memikirkannya apa yg awk nk sbnrnya. Trkdg sy trsa ingin kembali masa lampau dan tak pernah mengenali awk daripada mnruskan smua ini. Tpi?? Sy taw sy tak mmpu..sy mcntai awk sdlm ati sy..stulus2nya walo sy tak psti adkh awk akn pcya… krna awk dah pnuhi ruang ati sy dengan cinta..smpaikn sy rs takde “space” lngsung bnci 2k awk..sy cuma nk idup dngn awk.. skg brulh sy fhm..
Knp orang kata cinta itu menyakitkan..
Sy mula mgrti….trusknlh…trusknlh…Cuma sy bhrap satu hari nnti.. sy dah takde d smping awk lg. awk akn mula mydri dan faham knp sy bsikap bgini. Krn sy nk awk tau “ CINTA SAYA SELALU UTK AWAK” …..
Saya………awak…..& cinta……..

AKU DAN DIA


aku mengenali dia pada usia ku 14 tahun..sepucuk surat perkenalan sampai padaku melalui seorg teman..mulai saat itu.. trjalin ikatan prsahabatan antara aku dan dia.. kami tak pernah bertemu seperti persahabatan orang lain. Hanya tinta dan panggilan telefon yang menghubungkan kami.. aku tidak pernah membayangkan bagaimana rupa dia.. bagiku dia sahabat yang baik aku miliki.. masa terus bergulir tibalah saat kami ingin bertemu iaitu selepas SPM.. rasa berdebar jua ada dihatiku..bagaimana rupa sahabat tinta ku itu ya??.. hari dijanjikan pun tiba.. tapi aku mendapat mesej ringkas dari dia..”sory x dpt dtg kamal (nama samaran) trus ke Labuan”.. masa tu ada rasa sedih.. entah kenapa aku menangis terasa aku akan berpisah jauh dgn sahabatku itu.. masa terus berjalan.. cepat.. aku melanjutkan pelajaranku ke Melaka.. sebulan lebih di sana aku mula sibuk dengan hal-hal kuliah.. tapi aku tak pernah lupakan sahabatku di matrik Labuan tu. Pada satu hari aku khabarkan pada dia “kamal aku dah di Melaka..” dia kata “jauhnya…aisyah (nama samaran)….”….buat prtama kali dia hantar MMS dgnku.. aku masih ingat masa tu nak dekat jam12pm.. entah knpa hatiku berdebar-debar bagaimana rupa dia ya???... itulah MMS pertama…aku melihat dia dgn sekeping gambar.. setelah berapa tahun pemilik tulisan cantik itu menjadi misteri.. persahabatan kami berterusan..sesekali kami berkongsi cerita cinta.. ya aku akui aku terlalu byk berliku kisah cinta..selalu keliru dipersimpangan memilih siapa.. mungkin dia bosan..tapi serius time tu rasa dia bole jadi pndengar yg baik.. dia telah tamat pengajian di matrik. Kemudian dia melanjutkan pelajaran ke UMS.. dalam jurusan pendidikan. Satu hari kami sedang berbual entah bagaimana topic itu yang dia utarakan” aisyah nnti nak cari calon suami nk krjaya apa ya??.. “doc” jawabku.. “owh cari kat hospital la.. aisyah kn keja Hospital gak nanti..sambil menyelam minum air hehehehe kamal takde peluanglah.. kamal jadi cikgu”.. “boleh.. tp kamal kena jadi Doc la baru bole jadi suami aisyah” gurauku… seminggu kemudian dia beritahu “ aisyah!! kamal dapat further medic di Indon..” alhamdulillah… “tapi aisyah bole buat perjanjian dgn kamal???” “selama lima tahun kamal study..jika kamal tak terikat dengan mana2 cinta.. at the same time jua aisyah tak terikat dengan mana2 llki.. kita kahwin bercinta lepas kahwin tapi jika masa lima tahun kita ada pasangan masing2 perjanjian ini BURN” Lama aku mendiamkan diri, aku sebenarnya tidak suka perjanjian seperti tu..macam kontrak pula.. bole ker aku bahagia bercinta lepas kahwin dengan seseorang yang aku limit perasaan setakat kawan??? 3 hari kemudian aku memberi jawapan.. setelah aku menimbang tara baik dan buruknya.. “ok kamal.. aisyah terima perjnjian tu” Setelah hampir setahun dia disana… pada usiaku dan dia 20 tahun sesuatu telah terjadi pada persahabatan kami.. sesuatu yang tak pernah aku bayangkan pun sepanjang aku mengenali dia.. kerana bagiku sampai bila pun dia tetap sahabatku yang paling aku sayangi.. mungkin dia istimewa berbanding sahabat lain..tapi aku merasakan sesuatu berlainan dihatiku.. mengingat dia aku tersenyum.. dan paling aku hairan aku merasai rindu… apa yang telah trjadi padaku?? Mesej dan panggilan dia pun sejak2 akhir tu berlainan sedikit.. adakah dia merasai perasaan yang sama?? Perkara itu berlarutan.. aku tidak menyedari bila ia bermula.. sampailah satu saat aku bertanya “apa sebenarnya hubungan kita??” lalu dia menjawab “kamal blum putus dgn ani (nama samaran) lgi..” aku tidak pasti apa perasaan ku ketika itu yang penting aku tidak menyukai perasaan tu.. aku tidak mghubungi dia selama 3 hari..sepanjang tu aku berfikir apa aku cemburu? Kalau aku cemburu apa maknanya? Adakah aku suda jatuh cinta??? 3 hari kemudian dia menghantar mesej… “aisyah sana hujan?” aku merasa soalan tu terlalu skema untuk memulihkan sesuatu..namun entah aku rasa aku harus brfikiran positif.. jika benar dia masih dgn ani mn mungkin aku memksa dia mnggalkan dia lalu memilihku…owh tidak.. aku masih berpegang pd 1 ayat “jangan bina cinta atas dasar derita orang lain” Masa terus berlalu.. aku tidak mgungkit lagi walau ku rasakan perhatian dia padaku “luar biasa”.. mana mungkin aku mulakan dulu.. biarlah… 23 april… ”aisyah.. kamal lamar aisyah jd gf kamal.. insyaAllah akn jadi isteri kamal.. jd ibu kpada ank2 kamal nnti.. anak2 yg cumil mcm ibunya…insyaAllah…” Aku rasa terharu.. rasa bahagia.. sepanjang hari aku asyik tersenyum.. mungkin inilah cinta kot.. cinta yg aku selama ni alami agak berbeza.. krna buat pertama kalinya aku jatuh cinta dengan orang yang dekat denganku..sekaligus melanggar rule aku yang tak ingin jatuh cinta dengan sahabat sendiri.. limit yang aku sendiri lepasi..bahagia rasanya saat itu.. Perjanjian itu burn secara total.. kerana sepatutnya kami tidak boleh bercinta antara satu sama lain..tapi takdir Allah menentukan segalanya.. diterbitkan cinta di hatiku dan dia.. berkasih sayang kami kerana perasaan anugerah dri DIA… Tibalah saat kami bertemu buat pertama kali setelah 7 tahun masa berlalu..

 10 julai

… Aku menantinya di lapangan terbang LCCT… Rasa berdebar menanti dia yang keluar dari balai ketibaan.. aku duduk tidak jauh dari sana.. aku terlihat seorang lelaki keluar sambil menyorong troli.. aku tersenyum “itu pasti dia”…. Aku menutup sebahagian wajahku.. lelaki itu terus menuju ke arahku..benar2 berdiri di depanku dan tersenyum… aku memandangnya membalas senyumannya.. “dah makan??” soalku…masa tu hanya Allah saja yang tahu rasa debar hatiku.. mungkin itu yang dialami Hawa ketika bertemu Adam buat pertama kali… maaf aku menyalahkan fakta..sebenarnya inilah kali pertama aku melihatmu…maaf kerana aku pernah berbohong pernah melihatmu dri jauh..jgnlah tanya knapa aku harus brbohong ktika itu.. aku trpaksa mncipta alasan tersebut


Banyak telah aku dan dia lalui.. kenangan2 silih berganti..sewaktu menjalin hubungan ni aku tidak pernah trfikir aku dan dia sekadar sekerat jalan saja.. benarlah..”ku sangka panas sampai ke petang rupanya hujan di tengahari…” Mungkin benar harapan ku saja terlalu tinggi.. sehingga tanpa ku sedari sewaktu merangka masa depan dia terlibat secara tidak langsung dalam rencanaku.. aku terlupa Allah berfirman “ kamu menyukai sesuatu padahal ia buruk bagimu… kamu membenci sesuatu padahal ia baik padamu Allah yang maha mengetahui segalanya” DIA telah beri aku peringatan sebelum aku mengetahui hal tersebut… aku bermimpi sesuatu mengenai dia..dalam tidur aku mengalirkan air mata.. mimpi itu jua yang jadi kenyataan.. alpanya aku kerana tidak mengambil peringatan tersebut.. Sewaktu aku membaca coretan dia dgn perempuan itu.. aku menggeletar.. yang pasti aku tidak menyukai apa yang ku alami..aku merasa kekosongan.aku menjadi rapuh.. itulah yang ku mampu gambarkan diriku.. mungkin dia tidak tahu.. kepercayaanku hancur.. begitulah definisi yang aku mampu berikan.. Saat dia lafazkan “aisyah bukan kekasih kamal lagi…” separuh jiwaku pergi bersama angin malam…..Aku mula merasai aku mula hanyut dalam dunia sendiri… fizikal ku kelihatan sihat namun mental ku sakit.. aku harus mengubati hati ku.. bukan dia yang berikan aku kebahagian tetapi Allah… namun aku hilang arah.. pada saat ini aku terlalu membenci dia.. sehinggakan terpandang apa yang berkaitan dengan dia pun aku tidak sudi..benarlah kata pujangga

        “jangan terlalu mencintai seseorang boleh jadi apabila dia menyakiti mu kelak kamu akan      
                                                     membencinya..begitu jua sebaliknya”…

lalu seorang sahabatku datang “ munirah (nama samaran) … dia milik Allah yang Dia pinjamkn untukmu..lalu Dia ambil darimu lalu haruslah kau redha atas jalan yang telah ditentukan…” Satu hari aku sedang membelek2 buku di kedai buku.. aku terpandang sebuah buku “la tahzan patah hati”….


kadang-kadang apabila sebuah pintu kebahagian tertutup..pintu kebahagian lain terbuka..tetapi 
      kita asyik merenung pintu yang tertutup tanpa memberi peluang untuk pintu yang terbuka”


Lama aku memandang ayat tersebut.. inilah yang berlaku padaku.. setelah pintu itu tertutup aku tidak memandang pintu lain yang terbuka..malah aku memangkah awal untuk tidak melalui mana2 pintu lagi… Satu petang aku berjoging di taman..sepanjang pjalanan aku melewati jalan.. sambil melihat keadaan sekeliling.. aku mendongak langit.. awan masih biru.. air sungai masih mengalir.. angin masih bertiup.. semua masih sama walau sudah sebulan lebih hubungan aku dan dia berakhir dan bermungkinan itulah noktah.. Aku merasai hembusan angin.. masih lagi bertiup menyapa. Air sungai tidak beku melawan norma. Masih lagi mengalir.. ada seruan untukku.. semua masih belum berakhir lagi.. jika dia pergi tak bererti air di sungai berhenti mengalir. Angin masih lagi menghembuskan kedamaian. Apapun takdir di hadapanku aku harus cekal. Mungkin dia baik tapi bukan terbaik.. begitu jua diriku.. aku mungkin sedaya jadi terbaik ternyata masih lagi aku tak termampu. Buat dia…. Aku berharap satu saat kau temui cinta.. ikhlaskan hatimu mengasihi wanita tersebut. Jangan taburi dengan harapan kerana perempuan ada yang rapuh. Itu yang ku alami. Namun kekuasaan Allah tiada yang mustahil, kebahagiaan datang darinya begitu jua kekecewaan. Jangan kau khuatir tentang diriku. Ku janji akan melupakan mu walau aku tidak pasti bilakah akan sepenuhnya. Aku mengambil masa utk mencintaimu mungkin aku jua akan mengambil masa mengakis cinta yang pernah tumbuh..jangan khuatir.. aku berjanji selalu berdoa Allah menarik segalanya tentangmu padaku.. jangan khuatir aku berjanji ,aku tidak akan mengharapkan apa2 darimu… semoga kau berbahagia.. insan yang pernah mengukir coretan dalam kenangan hidupku.. jangan khuatir masih ada manis di ingatan tentangmu.. semoga semua akan hilang bersama kenangan


Jangan khuatir,
-terima kasih atas segalanya…..
-selamat jalan………….. insyaAllah bumi ini luas…


cerpin ini telah di tulis sendiri oleh seorang kawan dari facebook
ini adalah kisah benar cuma nama dalam cerpin 
ini adalah rekaan semata.
terima kasih kerana sudi kongsi cerita ini kepada saya
ikuti kisah selanjutnya  dalam
LUAHAN HATI KU 

Wednesday, April 25, 2012

HANTARAN HATI 2

Lama sudah kejadian itu berlalu. Selama itulah bila Kamal tanyakan khabar tentang Aisyah pada Mak Leha, wanita itu memberitahu Aisyah sekadar sihat. Mahu ditanya lebih-lebih takut lain pula sangkaan wanita tua itu. Tapi… Makin dipendam rasa rindu ini makin sakit hatinya terasa sengsara. Jadi sampai bila mahu dibiarkan bunga yang dipuja dibiarkan pergi begitu saja. Paling tidak, dia harus usaha untuk milikinya. “Nak, wak ni selalu nampak anak ni solat mahgrib dan isyak kat surau ni.. tapi tak tahu pulak namanya siapa.” Tegur seorang lelaki tua ramah kepadanya ketika dia mahu keluar dari surau. “Saya Kamal.” Lelaki tua itu tersenyum. “Wak ni nama Sudin”balas lelaki tua itu dengan loghat jawanya. Mereka berjalan seiring sambil berbual. Macam-macam yang ditanyakan oleh Wak Sudin kepada Kamal sehinggalah mereka tiba di blok perumahan Sudin. “Kamal dah ada berapa orang anak?” Kamal tersenyum. “Saya belum kahwin lagi..” “Bujanglah ni… kalau gitu, marilah ke rumah wak.”pelawa Wak Sudin yang senang membahasakan dirinya wak. Kamal terkejut menerima pelawaan lelaki tua itu. Dia cuba menolak dengan baik. Kalau boleh tidak mahu diganggu waktu emas yang ada pada keluarga itu. “Tak apalah wak… susahkan wak saja.” “Eh, tidaklah! Wak tinggal berdua je dengan anak wak. Marilah, boleh kita makan malam sama. Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari.” Kamal mengangguk setuju. Daun pintu rumah ditolak perlahan. Suasana perumahan flat memang agak suram memandangkan bangunan itu juga sudah agak lama. Penghuninya juga terdiri dari golongan berpendapatan rendah. Namun keriuhannya jelas terasa. Mata Kamal bertembung dengan mata anak Wak Sudin. Mereka terpana seketika. “Eh, Kamal! Apa tercegat kat situ je, masuklah! Jangan segan-segan. Esyah, hidangkan nasi. Abah ada bawa tamu ni.” Aisyah yang tadi duduk menonton televisyen terus bingkas kedapur. Wak Sudin mempelawa Kamal duduk. Seluruh ruang itu diperhatikan teliti. Biarpun sempit tapi nampak kemas.“Dah lama wak duduk sini?” “Lama juga. Isteri wak meninggal masa Aisyah umur sepuluh tahun. Wak nak bela Aisyah, tahu sajalah KL ni…. teruk sangat kelakuan remaja-remajanya. Jadi, wak hantar dia ke kampung. Sekurang-kurangnya boleh jaga nenek dia. Masa umur dia 18tahun orang masuk meminang, dia pun kahwin. Suami dia tu bagus orangnya. Tapi sayang, jodoh tak panjang. Suami dia mati lemas masa banjir besar dulu.” “Berapa lama mereka kahwin?” “Dua tahun.” “Tak ada anak?” Wak Sudin menggeleng kepala. “Lepas suami dia meninggal, Wak ada ajak dia datang ke KL ni tapi dia tak mahu. Dia kata nak jaga nenek. Enam bulan lepas neneknya meninggal barulah dia mahu kemari. Itupun dah naik jenuh Mak Longnya memujuk. Wak bukan apa, kat sana tu dah tak ada sesiapa nak tengok-tengok kan dia. Kalau kat sini, dapat jugaklah temankan Wak kat rumah ni. Tak pun, temankan Mak Longnya bila Wak kerja.” “Wak kerja kat mana?” “Wak ni jadi jaga di bank, Kamal. Kalau Wak tak kerja, nanti kami nak makan apa?” “Abah….” Suara Aisyah mencelah. Perbualan yang tadi rancak mati tiba-tiba. Kedua lelaki itu memandang serentak ke arahnya. “Esyah dah hidangkan… dah boleh ajak makan.” “Mari Kamal…. Ini saja yang ada kat rumah Wak ni.” “Ini pun dah lebih dari cukup, Wak….” Pujuk Kamal menyurut rasa rendah diri Wak Sudin. Mereka duduk semeja mengadap lauk pauk yang agak ringkas itu sementara Aisyah menyendukkan nasi ke dalam pinggan. “Awak tak makan sama?” pelawa Kamal kearah Aisyah. Dari tadi wajah Aisyah masam mencuka. Marahnya masih bersisa lagi Nampak nya. Pinggan yang diunjukkan oleh Aisyah disambut juga akhirnya. Aisyah menjeling kearah Kamal sebelum masuk ke dalam bilik. “Dah berapa tahun arwah suaminya meninggal?” “Mmm… dekat….8 tahun!” Jawab Wak Sudin lambat sambil mencongak-congak dalam fikiran. ‘ermm 28 ke umur dia?’ “Tak ada yang melamar lagi ke Wak?” “Ada! Ramai…. Tapi itulah. Anak Wak yang tak nak.” “Kenapa?” “Wak pun tak tahulah Kamal.” Ada keluhan yang bertandang dihujung suara Wak Sudin. Kamal tidak bersoal lebih lanjut lagi. Makanan yang dijamah tadi sudah tidak terasa dikerokongnya. Dia mahu bertindak nekad. Untung sabut, timbul. Untung batu tenggelam. Dilihat wak Sudin telah membasuh tangannya. Kamal mempercepatkan suapannya. Selesai meneguk air Wak Sudin keruang tamu. “Esyah, dah... pergi makan.”mendengar suara bapanya, Aisyah keluar dari bilik. Dia membawa pinggan bapanya ke dapur lalu kembali bersama pinggan yang baru. “Aku nak lamar kau!”beritahu Kamal separuh berbisik kepada Aisyah. Gadis itu menjeling. Tidak gemar melayan gurauan lelaki itu. Kamal membasuh tangannya lalu dilap tangannya dengan sapu tangan yang ada disitu. Akhirnya dia menyertai Wak Sudin diruang tamu. Melihatkan Kamal dan Wak Sudin kembali berbual, Aisyah menyediakan kopi panas. Beberapa minit kemudian dihidangkan sebelum meneruskan suapannya semula. “Wak…” Kamal bersuara. Wak Sudin memasang telinga menanti butir bicara anak muda itu. Entah mengapa karenah Kamal agak berlainan tiba-tiba. “Saya ingin melamar Aisyah menjadi isteri saya.” Wak Sudin terkejut lantas terpinga-pinga kehairan. Dia sedikit tersenyum tawar. “Barangkali Kamal ada sedikit salah faham disebalik cerita Wak tadi…. Anak Wak ni janda, bukan lagi anak dara. Dia juga bukan orang Bandar, Kamal. Lagi pula, cerita tadi bukan mahu meminta simpati.” “Saya tahu. Saya dah pun kenal dia sebelum ni. Aisyah ni anak saudara Mak Lehakan? Saya tuan rumah tempat Mak Leha bekerja.” “Masha Allah! Kecil sungguh dunia ni ya…..” Kamal mengangguk mengakui kata-kata Wak Sudin. Sesekali matanya melirik kearah Aisyah yang membisu di meja makan. Dia perlukan kata putus dari bapa perempuan itu. “Jika itu hajat Kamal, kalau boleh biarlah kita buat cara yang tertib. Bawa orang tua datang bertandang ke mari. Kita boleh kenal-kenal.” “Tak payah….!”terdengar suara Aisyah menyampuk dari belakang bapanya. Mata Kamal menerjah tepat ke wajah Aisyah. “Saya tak dapat terima lamaran tu.” Aisyah berkeras memberi kata putus. “Saya akan datang bersama keluarga saya hujung minggu ni. Kalau pakcik nak terima, terimalah masa tu… dan kalau nak tolak, tolaklah masa tu juga. Ermmm, saya minta diri dulu.” “Nanti dulu….!!!”Suara Aisyah menerjah lagi. Langkah kaki Kamal terhenti walaupun sudah berdiri untuk melangkah pergi. “Saya sudi terima kalau awak terima syaratnya” “Apa syaratnya?” Aisyah menarik dan melepaskan nafas beratnya. “Duit hantaran sebanyak lima ratus ribu dan…. Tinggalkan segala kekayaan dan kejayaan yang awak miliki sekarang ni. Saya mahu awak tinggalkan kehidupan bandar dan tinggal dikampung.” Kamal tersentak. “What? Are you sick!!!!” “Terpulang……”putus Aisyah berserah. “Jangan ambil hati Kamal. Aisyah bergurau saja tu.” “Esyah tak gurau abah! Esyah sedia terima lamaran dia.” Kamal merenung wajah Aisyah dalam-dalam mencari maksud sebenar bicara gadis itu. Tidak sedikitpun rasa bersalah dihati Aisyah. Kamal mengangguk mengerti sebelum beredar meninggalkan flat itu. ******************************************* “Kau gila ke Mal!” Sergah ayahnya apabila Kamal memberitahu syarat yang diletakkan oleh gadis pilihannya. Marah benar Tan Sri Tajudin apabila mendapat tahu permintaan pihak perempuan sebegitu tinggi. Kamal tersandar lesu di sofa. Berminggu-minggu dia memikirkan keputusannya. Dia sendiri tidak menyangka keputusan Aisyah sangat muktamad. Malah ketika majlis merisik dua minggu sudah juga dinyatakan tentang pendiriannya itu. Dan baru kejap tadi Kamal bersetuju dengan permintaan Aisyah. Dia sanggup memberikan satu juta sekalipun kalau Aisyah mahu sebagai hantaran. Tapi permintaan kedua yang minta dia tinggalkan segala yang dicipta selama ini... itu tidak mungkin. Bukan senang dibina segala kejayaan ini. Semuanya bukan dapat dengan percuma. “Esok saya nak resign…..”putus Kamal bersahaja. “Kau dah fakir masak-masak, Kamal?” Soal Puan Seri Rohani. Bingung Kamal dibuatnya. “Kan perempuan kat Bandar ni berlambak… kenapa budak kampung tu juga yang kau nak?” Sergah Tan Sri tajudin. “Dia bukan orang yang sembarangan papa.” “Memanglah... sebab dia janda! Baiklah… suka hati kau nak buat apa. Tapi jangan menyesal kalau kau tertipu dengan muslihat perempuan tu.” “Hmmmm…. “Kamal sekadar melepaskan keluhan. Hatinya sudah tidak keruan lagi. Mana bisa dibuat sebarang perbandingan yang baik atau yang buruk. Yang dia tahu hanyalah Aisyah. Aisyah… Aisyah... Aisyah!

Aisyah tidak tahu kemana Kamal menghilang. Sejak permintaan hantaran dan syarat yang lain diterima, Kamal menyepi begitu saja. Fikiran Aisyah tidak tenang kebelakangan ini. Lebih-lebih lagi setelah mendapat warkah yang tidak diundang. Aisyah, Pertama kali melihatmu aku jatuh hati. Kau tidaklah secantik Diana. Malah tak seseksi perempuan yang aku kenali dan miliki dulu. Kau cuma perempuan biasa yang berbaju kurung dan bertudung. Tapi itu sudah cukup untuk membuat hati aku terpikat. Sejak pertama kali lagi aku telah berniat dan beristikharah, jika ini jodoh aku.. lepas tiga kali aku jumpa kau, aku akan miliki kau walau apa cara sekalipun. Dan kini aku dalam proses itu. Ketika kau baca surat ini, aku telah tinggalkan segala kemewahan yang aku miliki disini. Pergi tanpa harta yang penah aku miliki. Dalam usia 35 tahun ini aku terpaksa memulakan semula kehidupan aku semata-mata untuk milikimu. Aku akan bina empayar aku sendiri untuk miliki kau. Dan permintaan aku…. Jika sejuta ringgit sekalipun yang kau minta aku sanggup berikan asal kau terima sekeping hati ini sebagai hantarannya. Terimalah dengan setulus cintamu. Berikan aku masa enam bulan. Pasti segalanya akan berjalan seperti yang kita rancang. Tunggulah aku walau sekali… Yang mencintaimu, Kamal Asyriq. Aisyah merenyuk surat yang diterima itu. Lalu dicampak entah kemana. Marahnya masih bersisa terhadap lelaki itu. ‘Orang gila!!!’sumpah Aisyah marah. Namun sedetik itu terselit rasa rindu dihatinya. Dia menghitung hari-hari yang bakal berlalu. Terasa jauh sekali untuk menanti waktu itu. Sungguh Aisyah tidak sanggup berada dibandar serba padat ini. Apatah lagi menanti kata putus Kamal yang kian menghampiri. Benarkah Kamal tetap mahu memilikinya juga? Mengapa dia? Aisyah tak pasti apakah benar apa yang dibuat ni? Kehadiran Puan Seri Rohani meminta dia meninggalkan Kamal telah ditunaikan. Dia kini sudah pulang kembali ke kampung, rumah peninggalan neneknya. Biarlah dia berada disitu meneruskan kehidupannya. Cukuplah Bandaraya Kuala Lumpur meninggalkan kenangan seribu satu rasa. “Apa yang kau menungkan tu Esyah?” Sergah Mak Long yang juga mengambil keputusan untuk menetap dikampung. Aisyah memandang Mak Longnya dengan wajah yang suram. Faham ke Mak Long apa yang dirasa kini? “Ni ada orang nak jumpa Esyah ni...” kata-kata Mak Long menarik matanya memandang ke arah wanita tua itu. Di sisinya berdiri seorang yang amat dikenali dulu.... Kamal!? Mak Long meninggalkan mereka berdua di situ. Ada baiknya dikhabarkan kedatangan Kamal kepada adiknya, Sudin. “Awak buat apa kat sini?” soal Aisyah kurang senang dengan kemunculan Kamal. Akhirnya berjaya juga lelaki itu menjejaknya. “Ni dia cek lima ratus ribu yang kau mahu tu. Dan aku dah tinggalkan semua yang aku ada selama ini... jawatan.. harta benda aku.... semuanya! Aku nak kau tunaikan janji kau, Kita akan bina hidup kita di sini, dikampung kau ni.”ujar Kamal. Cek ditangan Kamal tidak disambut. Aisyah berteleku di tepi tangga. “Saya terlupa, awak memang mampu untuk sediakan wang lima ratus ribu itu” ujar Aisyah sinis. “Kau ingat aku minta dengan bapa aku ke? Duit tu hasil dari penjualan apartment aku dan kereta. Selebihnya sedikit syer yang aku ada dekat syarikat papa. Mmm, aku dah tak ada apa-apa dah!” Suara Kamal sedikit mengendur lemah. Dia masih belum mampu percaya akan apa yang dilakukan ini. “Jadi menyesal?” “Menyesal? Setelah sampai ke tahap ini? Aku tak menyesal sikitpun. Aku cuma mahukan kau. Duit bila-bila boleh cari.” “Awak ni tak faham ke... apa yang saya dah buat kat awak?”Wajah Aisyah direnung dalam-dalam. Apa yang dia tidak faham? Apa yang aisyah cuba buat padanya? “Saya buat semua ni sebab….” Aisyah tunduk. Dia tidak menyangka sejauh ini kerumitan yang berlaku. Kamal masih kaku berdiri dihadapan Aisyah. Masih setia menanti butir bicara gadis itu. Harus bagaimana lagi dibuktikan kesungguhannya untuk memiliki cinta si gadis ini? Pengorbanannya sudah terlalu jauh dilakukan. Dia sudah tidak mampu berundur lagi. “Saya... saya tak mahu kahwin dengan awak.” “What?!” “Saya minta semua ni sebab tak mahu awak meminang saya sekali gus tak jadi kawin dengan saya. Saya tak nak kahwin dengan awak!” “Why?” “saya janda! Tak faham ke?” “Aku pun bukan teruna lagi.” Aisyah ketap bibir. Tidak senang dengan bicara lelaki itu. Kamal tersenyum lembut. “Saya tak mampu ada dalam kehidupan sosial awak. Saya tak mahu berkongsi kehidupan maksiat akan datang...” Kamal tersenyum. “Aisyah, bagitahu aku… Kau cintakan aku atau tak?” “Tak!” Kamal mengangguk faham. Dia seakan kecewa. Tidak sangka hati gadis ini begitu tebal untuk tertarik kepadanya. Dia mengeluar kan sesuatu dari beg sandangnya lalu diserahkan kitab Penenang jiwa, pengubatan dan rawatan oleh Imam Ghazali kepada Aisyah. Dahi gadis itu berkerut menerima kitab itu. “Kau tertinggal kitab ni kat rumah aku dulu. Aku nak pulangkan semula. Kitab ni banyak gunanya pada aku. Terima kasih sebab layan aku begini, Aisyah.” Langkah kakinya mula digerakkan melangkah ke bahu jalan. “Tapi saya akan terimanya kalau awak bagi saya hantaran yang lebih mahal dari tu.”sambung Aisyah lagi. Kamal menoleh, matanya berkelip beberapa kali. “Nak duit lagi ke?” dahinya berkerut. ‘Mata duitan betulla pompuan nih...’ “Lebih dari duit.” ‘Lebih dari itu... huh... camni reputlah nyawa aku.’Kamal kembali semula menghampiri Aisyah. Kali ini dia ingin bersemuka dengan gadis ini. Mahu Perbincangan yang muktamad dan jelas. ‘Senang-senang aku bawak lari je anak Wak Sudin ni kang... habis cerita!” “Apa?” “Hantarannya; sekeping hati awak tu.” Redup mata Aisyah menjawab jawapan itu. Merekah senyuman Kamal mendengarnya. “Terima Kasih, Aisyah!” Kamal memeluk Aisyah. Cuak aisyah tiba-tiba dipeluk begitu. “Eh apa ni?!” Spontan tangan Kamal melepaskan pelukan di tubuh Aisyah. Mereka belum sah untuk disatukan. Mana bisa berbuat lebih dari itu. Kamal tersipu malu. Dia lupa untuk mengawal perasaannya.
“Aisyah marah?” “Hmmmm....” hanya sekadar itu saja? “Bila awak nak bagi hantaran tu?” soalan berubah tajuk. “Hantaran lima ratus ribu tu ke?” Aisyah berdenyus manja seakan merajuk. ‘Dah tua-tua pun tak faham-faham lagi cakap orang....’ Kamal tersenyum. Kali ini senyumnya amat tenang sekali. Sedikit demi sedikit dia makin mengenali Aisyah. Rupanya gadis ini manja orangnya. Mungkin ada banyak lagi yang Kamal tidak tahu keistimewaannya. “Jangankan hati, sayang! isi perutpun abang sanggup bagi tau.” Bisik Kamal nakal. “Ermmm... abang nak kerja semula dengan keluarga abang ke?” ‘Abang? Hehehe.... Aisyah panggil aku abang? Yahoooooo.... Aisyah panggil aku abang. Yessss... Yessss.... Yessss!!!!!’ “Errrr.... sayang nak ke balik ke KL semula?” Aisyah sekadar memandangnya tanpa bicara. Dia sendiri menanti bicara dari Kamal. Masing-masing sepi sendiri. “Abang dah ada syarikat disini. Dalam tempoh 6 bulan ni perkembangannya memberansangkan. Dijangka hujung tahun ni keuntungan akan melepasi satu juta ringgit. Dua kali ganda dari duit hantaran sayang. Ambillah cek ni....” “Nak buat apa?” suara Aisyah sedikit geram. Wajah Kamal dijeling tajam. ‘Mamat ni memang nak cari pasal nampak....’ “Abang nak gadaikan hati abang eh?” “Eh, tak lah! Ini duit Aisyah... sayang buatlah apa yang sayang nak.” “Ok...” Aisyah mengambil cek itu lalu mengoyakkannya. Kamal faham apa yang dimaksudkan oleh Aisyah. Dah dia yang kata begitu.... “Abang cuma nak sayang je. Tolong lah, tolong cintai abang sepenuh hati sebab lepas ni abang mahu sayang bahagia berada disisi abang.” Aisyah tersenyum malu. Kata-kata itu cukup menyenangkan. Dan saat itu barulah Kamal dapat menikmati sekuntum senyum yang terlalu lokek dari Aisyah selama ini. Hantaran hati buat Aisyah…. ‘Hanya hatimu yang ku mahukan. Kesungguhanmu jawapan untuk kasih sayangku….’ -TAMAT-

HANTARAN HATI

Aisyah merenung ke arah meja makan. Entah siapa punya telefon bimbit yang tertinggal agaknya dia pun tidak tahu. Sesekali lehernya menoleh ke kiri dan kanan memastikan sebarang kelibat si pemilik telefon ini datang mencari. Kemudian lehernya dipanjangkan menjangkau pandangan ke arah orang ramai. Tiada sesiapa yang sibuk mencari barang. Hatinya masih ragu berteka-teki ‘Siapa punya ni?’ Akhirnya telefon bimbit itu dicapai jua lalu dibeleknya penuh malas. Dia bukan minat sangat dengan benda-benda berteknologi tinggi ni lebih-lebih kalau kecanggihannya melepasi tahap pengetahuannya. Tangan Asyah menekan-nekan punat-punat kecil itu. Pakai hantam saja janji boleh berfungsi. Nasib lah kalau menjadi. Harap-harap menjadilah. Entah apa yang ditekannya tiba-tiba telefon itu membuat satu panggilan. Dia kaget lalu mematikan panggilan itu. Bermacam-macam butang yang ditekannya namun panggilan itu terus berdering. Dipejabat, Kamal sibuk membincangkan projek terbarunya bersama teman sebelum dibentangkan dihadapan lembaga pengarah. Dia yakin projek mega ini bakal mengembangkan lagi potensinya didalam syarikat. Dengan penuh semangat Kamal meluahkan semua hasil ideanya dihadapan rakan-rakannya. Dia mahu mereka turut sama teruja memberi komen-komen bernas. Namun, sikap terujanya tergugah dek gangguan deringan telefon yang kejap berbunyi kejap lagi terhenti. Memang terganggu sungguh! Telefon bimbitnya berbunyi lagi. Kamal berdengus geram. Nampaknya Diana memang tak serik-serik merayu macam ulat bulu. Tergedik sana tergedik sini. Dah banyak kali dikatakan pada gadis itu; hubungan mereka setakat itu sahaja. Tak faham lagi ke? ‘Anak Tengku Ahmad ni tak reti bahasa ker?' jerkah hati Kamal mengomel geram. Tangannya merentap telefon bimbit yang tersisip ditepi tali pinggangnya. Tubuhnya dibawa ke satu sudut jauh dari rakan-rakannya. "Hello! you nak apa lagi ni Diana?"sergah Kamal marah namun suaranya ditahan-tahan agar tidak melepasi hingga ke pendengaran yang lain. Aisyah terkedu. Panggilan itu spontan dimatikan. Lalu telefon itu diletakkan diatas meja semula. Jantungnya berdegup kencang. Takut pun ada.... Tak pasal-pasal dia pulak yang kena marah. Aisyah termenung seketika. 'Apsal marah sangat orang tu?'hatinya berdongkol geram sendirian. Matanya mencari-cari seketika kelibat seseorang. Sudah hampir sejam ditunggu ayahnya namun lelaki itu masih tidak kelihatan. Aisyah mengeluh perlahan. ‘Mana ayah ni?” soalan itu bermain di mindanya. Aisyah capai semula telefon bimbit itu lalu didail sekali lagi. Kali ini kalau kena marah biar dia marahkan balik. Berani ke? Ah, kalau tak berani tahankan saja telinganya nanti. "Kau ni dah tak ada kerja lain ke?" marah Kamal apabila kesabarannya dicabar. Kejap on kejap off handphone. Sesuka hati nak main-main dengan aku. "Errrr... saya bukan Diana." Gemersik suara halus menjamah di cuping telinganya. Terkesima Kamal seketika. Errr... si..si..siapa ni??? Gullp!! Suara Aishah menyerap ke fikirannya. Entah mengapa kerongkong nya bagaikan kaku seketika tak mampu berkata. Siapa gerangan empunya suara itu? Ini bukan suara Diana yang biasa didengar. Suara anak Tengku Arif itu lebih menggeletek bunyinya. Mengada-ngada! "Hello... hello!!!" suara Aisyah sedikit cemas, bimbang kalau-kalau talian terputus lagi. Nanti banyak pula bil yang nak dibayar empunya telefon ni nanti. "Ya, Hello!" Panggilan itu segera dijawab Kamal. Terleka seketika Kamal kerana suara itu. "Tadi kata ni bukan Diana, habis tu siapa?" Tiba-tiba nada suaranya bertukar rentak. Lunak selunak-lunaknya menyerlahkan bakat romeo hidung belangnya. Sudah lama skill itu tidak digunakan lagi. Bukan tiada yang menarik tetapi kesibukan tugas menghalang untuknya bersuka ria. Dua puluh empat jam kerjanya tidak pernah habis. Tak sempat dipejabat langsung dibawa ke rumah. Dulu bolehlah... Masa tu zaman remaja. Tiada kerjaya. Boleh kepit perempuan itu perempuan ini. Tak payah nak fikir dateline projek. Cuma sibukkan studi. Studi pun bukan susah mana pun. Paling tidak Cuma nak siapkan assignment. Itu saja.... Tetapi... Sesekali singgah juga dia ke disko melepaskan ketegangan kerja yang bertimbun bersama rakan-rakan sekerja berkaraoke sambil meneguk air setan dan berkenalan dengan gadis-gadis sealiran nafsu serakahnya. "Errr... saya Aisyah. Begini encik, telefon ni tertinggal... saya nak pulangkan pada tuannya tapi saya tak tahu siapa." terang Aisyah tanpa memberi ruang Kamal bertanya walaupun sepatah."Rasanya ni isteri cik punya." 'What? isteri? bila masa aku kahwin?' “Errrr…. Apa susah, you ambil je telefon tu. Tuan dia boleh beli baru.” Sergah Kamal selamba. Tiada tindakbalas. Senyap. Panggilan itu pantas dimatikan Kamal segera. Malas kalau diminta memulangkan telefon bimbit kepunyaan Diana. Nanti dikata dia datang melutut pula. ‘Huh! Tak hingin aku jumpa Diana lagi’ Entah mengapa tiba-tiba perasaannya rasa terkilan. Sayang kalau dia tidak tahu siapa empunya suara sesedap telinga mendengarnya. Mungkinkah cantik? Sama seperti suaranya yang lembut itu? Telefon bimbitnya didail kembali. “Kat mana dia tinggalkan telefon tu? Kejap lagi I datang ambil.” Telefonnya dimatikan. Bibir yang sedikit merah itu dilumat dengan hujung gigi. Cuba memikirkan sesuatu tentang empunya suara itu. Kamal tersenyum sendirian. “Mal, kau okey ke? Nak kita teruskan discussion kita ni? Or... delay?” Tanya salah seorang rakannya. Kamal masih membisu. Dia masih berkira-kira sesuatu. Apa kata hatinya tika ini? Mahu bertemu empunya suara itu atau biarkan saja? “Kita delay, Wan.” Aisyah memandang jam ditangannya. Sesekali melepaskan lagi keluhan bosan. Bosan sungguh menjadi seorang penunggu. Bosan menghitung masa yang pergi tanpa berbuat apa-apa. Ikutkan hati mahu saja dia tinggalkan telefon ini disini dan mengikut bapanya masuk kedalam pasaraya membeli keperluan rumah. Tiba-tiba telefon yang baru ditemui itu berbunyi. Panggilan itu segera dijawab. “You ni yang pakai tudung pink tu kan?” berdegup jantung Aisyah apabila ditanya begitu. Matanya melilau-lilau cemas mencari gerangan si pemanggil. ‘Mana?’ “Errr… awak yang saya telefon tadikan?” “Ha’ah! I lah... You ke yang pakai tudung pink tu?” Aisyah tidak menjawab sebaliknya mengangguk. Tumpuannya tiada lagi dalam perbualan itu sebaliknya mencari sesusuk tubuh sipemanggil yang menerjah kecorong telinganya. Dia benar-benar gementar diperlakukan begitu. Mana boleh orang memerhatikannya sebegitu? “Hello.” spontan suara itu bergema dibelakangnya. Aisyah menoleh serentak berdiri berdepan dengan pemilik suara itu. Kamal terkedu. Mulutnya kelu. Matanya berkelip seketika ‘God....’ “Encik….?” Aisyah bersuara ragu. Tiada respon. Melihat cara pandangan Kamal yang luar biasa ke arahnya, Aishah berdehem keras. Hatinya berdongkol marah. ‘Mata keranjang betullah mamat ni!’ Kamal tersentak seraya tersenyum. “Ohhhh... I’m Kamal. Kamal Asyriq!” Tiada selarit senyuman dibibir gadis itu. Mungkin marah kerana sudah jenuh menunggu beberapa lama disitu. Telefon bimbit yang terlekat setia digenggamannya dihulurkan kepada Kamal. Telefon itu beralih tangan. “Sorry lambat. Jemlah tadi.” Kamal cuba memberi alasan. Gadis bercermin mata itu mengatur langkah mahu meninggalkan tempat itu. Tiada apa yang mahu dibicarakan lagi. “Eh, nanti dulu!” Panggilan Kamal menghalang kaki Aisyah melangkah terus. Gadis itu menoleh memerhati tepat ke wajah Kamal. ‘Amboi, masamnya muka pompuan ni kalahkan cuka. Harap suara je sedap!’ “Jom saya belanja minum.” Wajah Kamal dipandang tajam. Entah mengapa hati Aisyah menjadi panas semacam. “Umur saudara berapa?” “35! Kenapa?” ‘35 tahun? Dasar lelaki buaya! Dah ada anak bini kat rumah, ada hati nak menggatal lagi. Jantan apa la lelaki ni..’ “Dah kahwin?” “Belom.” ‘Penipu!!!! Tengok la tu... tak sudah-sudah nak menipu orang. Bencinya akuuuuuu....’ bentak hati Aisyah. “You dah kahwin belum?” kali ini Kamal pula bertanya. “Dah!” pantas sahaja mulut Aisyah menjawab. Kamal tersenyum tidak percaya. Tidak tertarikkah gadis ini dengan ketampanan nya? Cepat betul menyatakan jawapannya. “You tipu I kan?” “Awak tipu saya tak perasan ke?”sergah Aisyah bengang.
‘Mak oi!!! Garangnya… tadi dalam telefon bukan main lembut lagi suara dia. Apsal dia ni? Ada angin senggugut ke?’ “You ni, kenapa? Jom I belanja you minum nak sambil kita kenal-kenal?” “Awak belanja anak isteri awak dulu baru fikir orang lain.” Aisyah terus beredar menyusup masuk ke dalam pasaraya membiarkan Kamal berteka teki sendirian. ‘Belanja anak isteri? Hoi!!!! Aku belum kahwinlah!’ Kamal bergegas menjejaki gadis itu. Dari jauh dilihat Aishah menghampiri seorang lelaki yang sedang menolak troli. Kemudian tangannya rapat memeluk lengan lelaki itu. Kamal mengetap bibirnya. Sah! Memang gadis itu sudah berkahwin.

‘Spoil sungguh!!!!!’ Hatinya mengamuk! Panas hatinya pagi ni keretanya buat hal. Air dalam tangki kering! Waktu begini pulak tu.... Sepatutnya waktu ini dia sudah ada di bilik Tuan Pengarah untuk membentangkan projek mega yang jika kertas kerjanya diterima, syarikatnya menerima berbilion-bilion ringgit malaysia keuntungan. Tapi kini wang-wang itu bagai terbakar hangus seperti asap yang keluar dari celah keretanya. Tali leher yang terjerut dilehernya dilonggarkan. Serba tak kena dirinya pagi ini. Panggilan telefon dibuat meminta mesyuarat ditangguhkan setengah jam. Sebolehnya dia cuba kejar masa. Hatinya macam nak meletup saat ini. Mahu dilepaskan marahnya. Tapi dimana? Dimana?!!!!! Arrrrggghhhhhh!!!!! Dia menjerit. Lantaklah kalau ada yang melihatnya tika ini. Sudah memang ragam hidup dikota penuh dengan tekanan. Sayup-sayup dilihat bas awam menghampirinya. Tanpa berlengah waktu, pantas diambil beg kerjanya dan mengunci seluruh pintu kereta sebelum menahan bas itu. Bas yang penuh muatan itu berhenti. Kamal mengeluh. Mahu tidak mahu kenalah dia naik bas ini ke tempat kerja. Itu saja jalan penyelesaian yang ada ketika ini. Satu demi satu penumpang turun ke destinasi mereka. Makin lama bas yang padat tadi menjadi sedikit lengang. Kamal mula mencari tempat kosong untuk duduk. Sengal mula terasa diseluruh sendinya. Tidak pernah terfikir olehnya hari ini dia akan berada di dalam sebuah bas. Kamal mengeluh berat. Tubuhnya didudukkan disebelah seorang gadis. Sekilas dipandang empunya wajah itu. Sekali lagi dia memandang. Kali ini untuk satu kepastian. “Kita ni macam ada jodoh pulak ye?” Kamal bersuara gembira.sekaligus menarik perhatian gadis itu. Aisyah menoleh memandang kearah Kamal. Dahinya berkerut. “Awak lagi? Ermmm, pakai baju cantik-cantik tapi mampu naik bas je ke?” sindir Aisyah tajam sambil memandang keluar jendela. ‘Perggghhhh!!! Sakit hati aku.’ Rasa nak meletup saja hati Kamal tika itu. Mahu tidaknya, sudahlah keretanya buat hal, gadis ni pula menyindirnya. Kamal tersenyum. Sesungguhnya kehadiran gadis disebelahnya sedikit sebanyak membantu mengurangkan ketegangannya hari ini. Gadis ini... bukanlah cantik mana jika dibandingkan gadis-gadis yang pernah didampinginya dulu. Mereka lebih cantik sepuluh duapuluh kali ganda dari gadis ini. Pada matanya, Aishah hanya biasa saja, teramat biasa. Macam budak kampung! ‘Tak reti ke nak melawa sikit? Pakai seksi-seksi ke? Baru lah nampak menawan...’ ngomel Kamal sendirian. Entah mengapa sejak tadi dia masih bisa mengawal marahnya. Dia masih boleh tersenyum lagi menatap wajah gadis itu. Walaupun wajah itu tidak pernah tersenyum manis padanya. “Kereta saya rosak masa tengah jalan tadi.” “Padan muka!!!” balas Aisyah antara dengar dan tidak. “Apa dia?” Aisyah bungkam. Dari tadi pandangannya sengaja diheret keluar tingkap. Perbualan sepi seketika. Kamal memandang ke arah fail didalam dakapan gadis itu. “Nak pergi temuduga ya?” Tidak berjawab. “You… betul ke dah kahwin?” Masih begitu juga. “I sumpah kalau you belum kahwin…. Kita jumpa kali ketiga, I akan pinang you masa kita terjumpa kali ke empat.” Aisyah tersentak. “Awak ni gila ke? Agaknya semua orang kat KL ni suka buat kerja gila ya?” Pantas Aisyah berdiri menekan loceng. Dia tidak mahu berada lama bersama lelaki itu. Nanti hilang sabarnya. Orang yang dah kahwin berani sumpah untuk memilikinya. Gila!!!! Kamal termenung eketika membiarkan gadis itu pergi begitu saja. Dia melepaskan keluhan berat. ‘Salah ke apa yang aku cakap?’ Telefon didakapan telinganya diletakkan dia atas meja. Kamal termenung seketika. Baru kejap tadi Makcik Leha telefon, dia kurang sihat untuk datang mengemaskan rumahnya. Sepatutnya setiap hari Jumaat Mak Leha akan datang mengemas rumahnya dan mengumpulkan pakaian kotor. Tapi hari ni Mak Leha tak sihat. Sekarang bagaimana? Aduh….. Tiba-tiba telefon berbunyi lagi. Pantas dicapainya. “Ya, Mak Leha?” “Encik, Nanti saya suruh orang datang kemaskan rumah encik Kamal.” “Errr Mak Leha..... Tak payah lah!” “Tak pe encik… saya kenal dia ni.” ‘Aduh… matilah kalau dia tau hal dalam bilik aku tu….’ “Errrr… Mak Leha…” Kamal bersuara lambat. Suaranya mematikan bicara suara tua itu. Mak Leha menanti dengan teliti apa yang bakal diperkatakan oleh majikannya itu. Bukan sehari dua dia mengenali Kamal. Sudah dekat empat tahun iaitu sejak lelaki itu berpindah dikondominium mewah berhampiran dengan flat kediamannya. Kalau bukan kerana Kamal, sudah tentu dia tidak dapat menyara tiga orang cucunya yang yatim piatu itu. “Mak Leha, Mak Leha tahukan rumah saya ada macam-macam rahsia dalamnya? Bukan tu je, dalam almari tu ada-”Katanya dipotong. “Saya tahu encik… Jangan bimbang saya dah bagitahu dia jangan usik almari encik tu. Hishhh… encik ni, dari dulu saya dah bagitahu jangan bawa perempuan balik rumah. Jangan buat benda maksiat tu. Tak baik… encik tak nak dengar.” Mak Leha berleter bagai meleterkan anak sendiri. Kamal tersenyum. Dia senang mendengar leteran orang tua itu. Walaupun seakan amaran tetapi nadanya masih lembut. “Mak Leha ni… saya dah lama tinggalkan benda tu. Saya dah tak bawa perempuan balik rumah lagi. Kali ni saya memang nak cari isteri. Mak Leha ada calon?” “Ada! Budak ni lah yang saya nak kenalkan tu, encik Kamal… Budak ni baik, sopan dan rajin. Cukup dengar kata. Dulu dia duduk Muar. Lepas nenek dia meninggal dia duduk dengan ayahnya disini.” Kamal tersenyum lagi. Kali ni lebar. Tercuit hatinya mendengar suara Mak Leha yang riuh rendah dipagi hari. ‘Errrmmm Mak Leha ni, kata tak sihat? Dalam tak sihat pun riuh rendah lagi mulut nya..’ “Tapi encik, dia ni janda.” “Tak apalah Mak Leha.. biar saya cari sendiri.” “Encik Kamal tak nak janda ya? Mak Leha faham….” Suara tua itu mula mengendur. Mungkin salah calon yang dicadangkan. Kali ni suara Kamal terlontar ketawa. Berdekah-dekah bunyinya. “Mak Leha…..” Ketawanya masih bersisa. “Saya bukan memilihlah. Kalau dah takdir saya dengan jandapun saya terima. Janda ni lagi banyak pengalaman.” Kamal mula berbalas senda. “Hishhhh! Kesitu pulak encik Kamal ni.” Suara Mak Leha menerjah sedikit marah berbaur malu. Makin galaklah derai tawa Kamal. Dia memang suka mengusik Mak Leha. “Encik Kamal balik solat Jumaat ke?” “Tak tahu lagi, kenapa Mak Leha?” “Kalau balik, saya suruh dia pulang awal. Nanti ganggu pula encik Kamal nak berehat kat rumah.” “Mmmm…. Saya rasa tak kot.” Perbualan berhenti disitu. Kamal bersandar memikirkan anak saudara Mak Leha yang akan mengemas rumahnya itu. Telefon dimeja kerjanya berbunyi. Panggilan itu dijawab. “Mal, kau bawa tak tender Kayangan Emas.” “Kenapa?” “Tan Sri Mokhtar nak aku present pasal tender tu kat dia petang ni.” Suara Bob menerjah risau. Kamal mencari-cari fail milik Kayang Emas diatas mejanya. Tiada! “Bukan ke tender tu dateline dia ada dua minggu lagi?” “hummmm…”Sekadar keluhan dicorong telefon itu. Kamal juga mengeluh sama di dalam hati. Siapa tak kenal dengan Tan Sri Mokhtar. Kalau dia nak hari ni jangan dipersoalkan kenapa. Kamal melihat jam ditangannya. “Pukul berapa kau nak present?” “Jam tiga.” “Aku rasa ada kat rumahlah. Kereta aku ada kat worksyop, petang nanti baru siap. Solat jumaat aku tumpang kau, then hantar aku terus ke rumah.” “Ok.” Aisyah berdengus kepenatan. “Penattttttnya!!!!!”keluhnya lagi. Dia mengetap bibir memerhatikan segala kelengkapan rumah itu. Lantai sudah dimop… Pinggan mangkuk kotor sudah dicuci…. Baju sudah dibasuh…hum, cadar juga sudah berganti. Aisyah mengeluh lagi. Matanya kemudian beralih ke atas dapur masak. Lauk kari ayam sedang menggelegak di dapur. ‘Kejap lagi boleh masuk santan ni’fikir Aisyah sendirian. Aisyah duduk termangu dimeja makan. Fikirannya melayang teringatkan perbualannya dengan Mak Long pagi tadi. “Kau kata nak pergi temuduga, Esyah!”
Aisyah melontar keluh hampa serta merta. Semuanya gara-gara lelaki dalam bas tadi. Bibirnya diketap perlahan sebelum matanya menerjah kearah Mak Longnya. “Esyah tak pergi Mak Long…” “Kenapa?” “Entahlaaaa…..”balas Aisyah lemah. Malas nak diberitahu Mak Long pasal lelaki itu. Sejurus itu kedengaran batuk keras dari Mak Longnya. Ianya menarik perhatian Aisyah serta merta. Dahinya berkerut melihat Mak Long. “Mak Long sakit ke?” “Hukkk… uhuukkk!!! Uhuuukkkkk!!!”Batuk itu menjawab segalanya. “Esyah bawa Mak Long pergi klinik nak?” Mak Long menggeleng. “Tak payahlah, Esyah. Dah dua hari dah batuk ni.Nanti legalah dia. Mak Long tak apa-apa. Ni…Mak Long nak mintak tolong sikit boleh?” “Tolong?”pantas dianggukkan kepalanya tanda setuju. “Mak Long tak dapat pergi kerja hari ni, Esyah tolong gantikan Mak Long boleh?” “Kerja kemas rumah majikan Mak Long tu ke?” Mak Long angguk sayu. Aisyah mengangguk sambil tersenyum. Sengaja mengubat hati si tua itu. Lagipun dia memang tidak buat apa-apa dirumah. Ayahnya sibuk jadi pengawal keselamatan di bank. Kalau balik pun lewat petang nanti. “Esyah masak lauk dulu kat rumah, lepas masak Aisyah pergi ya, Mak Long?” Mak Long mengangguk gembira sambil menunjukkan alamat rumah majikannya. “Jangan buka almari dia ya?”pesan Mak Long sebelum Aisyah beredar. Aisyah mengeluh perlahan. Dia bingkas menghampiri dapur masak, santan pekat dimasukkan ke dalam periuk. Dibiarkan santan itu sebati dengan kuah kari itu. Perlahan-lahan lauk itu dikacau dengan senduk. Sedikit garam dan bahan perasa di tambah. Kemudian dirasa lauk itu dari hujung senduk. Cukup rasanya…. ‘Jangan buka almari dia ye, Mak Long…. Huh!! Naper? Takut pecah tembelang ye? Jantan tak malu…. Buat maksiat. Tak sedar diri yang Tuhan nampak apa dia buat.’ gerutu hati Aisyah marah bila teringatkan pakaian dalam wanita yang tersusun elok didalam almari majikan Mak Longnya itu. Mak Long kata majikannya bujang? Gas dimatikan. Dia bergerak ke ruang tamu. Mencari-cari tudung kepalanya. Kemudian menghela nafas lega bila terlihat tudung itu tersangkut di bahu sofa. Nasib baik majikan Mak Long tak balik tengahari ni. Boleh la Aisyah keluar lewat sikit dari rumah itu. Aisyah mencapai bukunya dari dalam beg sandang. Direbahkan tubuhnya berlunjur disofa bersama sebuah buku lalu menyambung pembacaannya yang tertangguh. Makin lama matanya kian layu….. dia terlena. “Masuk dulu, Bob….”pelawa Kamal tika membuka pintu rumahnya. Bob terima pelawaan itu sambil membiarkan Kamal bergegas ke bilik kerjanya. Dia terpana melihat sekujur tubuh tertidur di atas sofa milik sahabatnya. “Nah! Ni fail tender tu.” Kamal menyerahkan fail berwarna hitam itu. Bob menunding jarinya kearah sekujur tubuh yang terbaring santai di sofa. Kamal menoleh memandang kearah yang dimaksudkan oleh sahabatnya. Dahinya terangkat-hairan. ‘Biar benar! Perempuan ni lagi ke?’ “Kau…. Masih bawa perempuan balik rumah lagi ke, Mal?” Soal Bob sedikit berbisik. “Eh?! Kau janganlah fitnahkan aku Bob. Dulu aku memang jahat, sekarang aku dah taubat dah. Aku rasa perempuan ni anak saudara Mak Leha lah. Tak apa, biar aku kejutkan dia….” Kamal menghampiri gadis itu lalu mencuit tubuh kecil itu hingga tersedar. Aisyah tersentak seraya menegakkan tubuhnya serta merta. Dia benar-benar terkejut melihat dua orang lelaki asing itu. “Biar aku balik office dulu lah, Mal.” “Eh? Nantilah dulu….” “Aku nak jumpa Tan Sri lepas ni. Dia tu semuanya nak cepat. Kalau lambat, matilah aku nanti.” Kamal akur dengan kenyataan Bob. Dia memang faham sangat dengan karenah majikannya. Matanya mengiringi pemergian Bob sebelum bertapak diwajah gadis itu. Sedikit kaku melihat leher jinjang milik Aisyah. Rupanya gadis ini lebih cantik tanpa bertudung. Agaknya kalau dibuka cermin matanya mungkin lagi cantik. “Awak pandang apa ni?”soal Aisyah garang. Kamal tersenyum nipis. Lalu duduk disebelah Aisyah. ‘Mmmm, masih garang lah!’ “Rumah I dah kemas ya?” Kamal meneliti setiap inci ruang rumahnya. Kemudian beralih ke dapur. Menjengah ke dalam periuk lauk seketika. Tiba-tiba perutnya berkeroncong kelaparan akibat dek aroma yang menyelerakan itu. “I nak makan….” “Makanlah! Saya nak balik.” Ujar Aisyah mencapai tudungnya. “Hey, why you’re so hurry huh?” “Sorry, saya tak tahu awak cakap apa.”balas Aisyah jengkel. Kamal terdiam seketika. Tubuhnya didudukkan di kerusi makan. Cuba memahami situasi yang berlaku sebentar tadi. “Boleh temankan I makan?” “Tak reti makan sorang ke?” “Takkkkk…..” Aisyah berdengus geram. Memang meluat melihat karenah lelaki ini. Sejak hari pertama lagi dia meluat dengan Kamal. Tapi kenapa? “Apa yang you takut sangat ni?” “Takut tinggal dengan awaklah!” Kamal ketawa. Selama ini perempuan sibuk nak berkepit dengannya. Tapi gadis ini pula takut untuk berdamping dengannya. Satu cabaran ni… “I bukan makan orang…..” “Memang tak makan orang, tapi berdua macam ni boleh buat orang fitnah saya tau.” “Kat KL ni mana ada orang sibuk nak ambil tahu hal you… Don’t worry, mereka tak kisah kita berdua macam ni.” Panas telinga Aisyah. “Memanglah mereka tu tak kisah sebab mereka manusia, sama buat dosa macam awak. Tapi Tuhan kisah! Dia yang nampak.” Sergah Aisyah garang. Gulppp! Takut Kamal dengan perempuan ni. Garang sesangat….. “Kalau macam tu, you baliklah. I boleh makan sendiri.” Suara Kamal mengendur seakan merajuk. Hati Aisyah berdongkol geram. Semakin geram dengan karenah kebudak-budakan Kamal. Mak Long tidak pula bagitahu yang majikannya ni mengada-ngada! Teringat Mak Long, hati aisyah dipagut bimbang. Manalah tahu kalau lelaki ini mengadu setiap tingkah lakunya. Malulah dia… Mahu tidak mahu Aisyah isikan lauk-pauk yang dimasak tadi kedalam mangkuk sebelum dihidangkan di atas meja. Sepinggan nasi dihulurkan kepada Kamal. Lelaki itu menyambut dengan hati yang riang. Sangat riang sebenarnya. Entah mengapa hatinya dapat merasakan jodohnya semakin dekat. Mungkinkah ini pilihan Tuhan? Mungkinkah dia ini yang Tuhan ingin tunjukkan dalam istikharahnya? Dan inikah kehidupannya akan datang? Jika inilah kehebatan alam rumah tangga yang bakal diterima, dia sanggup memilikinya biar sejauh mana sukarnya… “Suami awak apa khabar?” Kamal sengaja mencungkil lubang latar belakang gadis ini. Tepat wajah Kamal ditenung oleh Aisyah. “Suami apa ni?” “Bukan ke hari tu awak kata awak dah kahwin?” Aisyah berdengus geram. “Atau…. Awak ni janda?” Bibir Aisyah berketap. Mungkin telahan lelaki itu sangat tepat. “Kenapa? Ceritalah pada I why you divorced….” Pujuk Kamal penuh simpati. Dahi Aisyah berkerut. Curiga dengan permintaan lelaki itu. “Time makan jangan banyak bercakap!”sergah Aisyah mematikan hasrat lelaki itu. Kamal tersenyum sambil memulakan makannya. “Taknak makan sekali? Dah dekat pukul tiga ni. Nanti perut kosong sakit pulak.” “Saya datang sini sebab kerja bukan sebab nak makan.” “Kenapa you ni garang sangat dengan i? ermmm… Jangan bimbang, I takkan layan you macam bekas suami you tu. I akan buat you happy sampai akhir hayat you. I berani sumpah!” “Awak mengarut apa ni?!”keluar juga suara kasar Aisyah akhirnya. Lelaki ini perasan atau tidak sedar diri, Aisyah tak pasti. Tapi kenyataannya, lelaki itu memang diluar tahap kesabarannya. Melihat wajah selamba Kamal, Aisyah sengaja mengubah topik perbualan. “Rumah awak saya dah kemas, baju saya dah basuh, cadar dalam bilik pun dah tukar.” “Whhaaaat?!” Serentak itu Kamal tersedak. Pantas Aisyah menghulurkan air minuman kepada Kamal. Lelaki itu meneguk air minuman itu sampai habis. Dia berdehem beberapa kali. “Mak Leha tak pesan ke?” soal Kamal sedikit marah. Mukanya yang manis tadi berubah serius. Kecut hati Aisyah dibuatnya. Kepalanya dijatuhkan perlahan. “Kan I dah bagitahu jangan selongkar almari tu.” “Saya tak selongkar pun. Saya Cuma ambil cadar baru saja.” Jawab Aisyah perlahan membela dirinya. “Agaknya you memang suka jaga tepi kain orang ke? Semua hal dalam bilik orang nak ambil tahu!” sergah Kamal marah. Aisyah merenung wajah Kamal. Bibirnya diketap hebat. Dadanya seakan berombak menahan marah. Marah yang tak dapat dihamburkan kepada lelaki ini. “So you dah tahukan keburukan i? Puas hati you sekarang? Kalau you nak tahu I ni kaki betina. Selalu bawa balik untuk tidur dengan mereka. Kalau you nak, kita boleh buat sekarang. I sure, you pun dah lama tak dapat kan?” Aisyah menghampiri Kamal. Wajah mereka memang terlalu dekat. Gadis itu merenung dalam anak mata Kamal. Hanya nafas kecil terasa turun naik hinggap ke wajahnya. Tiba-tiba tangan Aisyah hinggap dipipi Kamal. Pipinya terasa panas pijar. Itu jawapan segala kemarahan gadis itu. Tanpa berlengah lagi Aisyah mencapai tudung dan beg sandangnya. Tanpa bicara, dia keluar dari apartment itu serta merta. Kamal termenung memandang makanan dihadapannya. Tiba-tiba seleranya mati dan serentak matanya tertujah di sofa. Sebuah buku dipandang tajuk depannya: Penenang jiwa, pengubatan dan rawatan oleh Imam Ghazali.

Tuesday, April 24, 2012

HONY I HATE YOU 2

‘hei gem! Nak pergi mana?’ suara sinis itu kedengaran. Hani berlagak tidak dengar sahaja. ‘woi, pekak apa?’ suara itu kedengaran lagi. Hani menyelak majalah Vogue di tangannya. ‘cheh, baca vogue. Kau ingat kau boleh jadi kurus ke baca vogue, ha gem?’ Shahir ketawa dengan katanya sendiri. Hani menjeling geram. Tak lawak pun! Namun suaranya tak terkeluar. Dia terus berlari masuk ke rumah. Air mata saban hari menjadi peneman. Hani sedar dia gemuk dan tidak cantik. Mahu melawan tapi kerana ingatkan nasihat ayahnya yang menjaganya sejak ketiadaan emaknya sejak dia berumur setahun lagi, dia tutup sahaja mulutnya. Namun suara celupar milik jirannya Shahir itu tidak pernah diam. Benci! Apabila Shahir berpindah rumah, Hanilah orang yang paling bahagia sekali mendengar berita itu. Dia lega kerana tidak akan ada lagi suara sumbang itu kelak. Berbelas tahun berlalu. Gemuk? Tidak lagi. Hani sudah menjadi seorang perawan yang cantik berkat sabarnya namun saban hari kerisauan Haji Salleh semakin bertambah kerana puterinya yang seorang itu tidak menunjukkan minat untuk berkahwin. Bagi Hani, lelaki (selain ayahnya) semua hipokrit. Semasa dia gemuk dulu, mengejek selalu, mendekat tak mahu. Bila dah cantik, berebut-rebut datang! Dasar mata keranjang! Baik tak payah kahwin. Buat sakit hati je. Dan suatu hari, ditakdirkan Haji Salleh bertemu kembali jiran lamanya, Haji Ali di sebuah kenduri kenalan. Kekecohan yang timbul di kenduri itulah yang menyilangkan takdir Hani dan Shahir di dalam alam perkahwinan yang tidak pernah termimpi oleh mereka. Bagaimana? Begini ceritanya… Hani sudah kelaparan semula. Ayah jumpa kawan dah tak nak balik pulak. Hani merungut-rungut sendiri. Dia duduk di satu sudut berseorangan. Tiba-tiba, seorang jejaka mendekatinya. Hani menjeling sekilas, tidak berminat seperti biasa. ‘hai sorang je?’ Tanya lelaki itu. Hani tidak menjawab. Berpura-pura seperti lelaki itu tidak wujud di sisinya. Kerusi ditarik lalu dia duduk tanpa dijemput. Hani mencebik. Memang buaya! Dia menyumpah di dalam hati. Ayah, cepat datang! ‘saya Shahir. Awak?’ Hani mengangkat mukanya. Ya, wajah itu kembali tapi dalam versi yang baru. Kacak? Huh! Muka tembok rumah tak siap lagi hensem dari muka dia! ‘awak ni bisu ke?’ suara itu bertanya lembut. Hani memalingkan mukanya. Ah, bicaranya cukup berbeza dengan dulu. Kerana dia gemuk! Sekarang? Ha, baru kau tau, dah la tak cam aku, boleh lak lembut gigi dari lidah sekarang ek? Lidah lembu betul mamat ni! ‘suka hati saya la nak cakap ke tak! Awak sibuk kenapa?’ tingkah Hani. Shahir tersentak sedikit. Pergh! Gila kasar cakap! Rupa dah ada, ni perempuan ke pompuan? ‘amboi, kasarnya. Tak baik tau perempuan kasar-kasar macam ni. Nanti tak ada orang nak masuk meminang.’ Usik Shahir. ‘eh, awak ni memang suka bercakap dengan orang asing ek? Apa saya kisah ada orang nak meminang saya ke tak? Lagi bagus kalau tak kahwin tau! Lelaki, hipokrit! Buaya! Mata keranjang!’ dan terluahlah semuanya tanpa dia sedari. Ha, tu baru dendam belasan tahun! Kalau puluhan tahun tak tau ayat apa lagi nak keluar. Shahir terkedu. Tetamu yang hadir sudah menjeling-jeling. Shahir menahan malu. Hani? Peduli apa dia dengan orang ramai. Geram, benci dan marah bersilih ganti. ‘awak, orang tengok la. Kenapa garang sangat awak ni?’ ujar Shahir lagi, masih berlembut. Telinga Hani sudah kepanasan mendengar bicara lembut itu. Dulu kau gelakkan aku ikut suka, mengutuk suka-suka hati, sekarang sebab aku dah cantik cam ni dan kau tak cam aku, cakap bukan main lembut lagi. Meluatnya aku dengan mamat ni‼‼ Hani sudah berdiri. Tidak mampu lagi menerima sikap pura-pura dan menjelikkan itu. Wajahnya sudah memerah marah. Ditenung Shahir seakan mahu ditelan. Dia sudah tidak peduli, kenduri tak kenduri, kesopanan dan kesusilaan rukun Negara kelima yang selama ini dpegangnya hilang entah ke mana. Geram dan marahnya beraja. ‘eh, kau tau tak aku sapa ha? Amboi, amboi, dulu, masa aku gemuk bukan main kurang ajar cakap, sekarang, sebab aku dah cun macam ni, kau cakap bukan main lembut lagi. Hee, meluatnya aku dengan lelaki! Hipokrit! Aku benci kau!’ Shahir terkedu. Nafas Hani turun naik menahan marah. ‘Hani!’ Hani menoleh. Gulp! Ayah! Maafkan Hani! Dan Shahir juga menelan liur membalas renungan tajam ayahnya di sisi Haji Salleh.


Itulah kisah yang membawa kepada perkahwinan mereka. Seminggu selepas itu, Hani (yang menyesal tak sudah dengan peristiwa ‘pertukaran rupa’nya di kenduri itu) dipanggil ayahnya. ‘Hani tak ada teman lelaki kan?’ Gulp! Kenapa Tanya pasal ni? ‘err, tak ada ayah.’ Ujarnya ringkas. Dia masih berhutang dengan ayah kerana peristiwa hari itu. Ayah tidak marah padanya, sebaliknya ayah berlagak biasa. Hani tahu, bila-bila masa saja ‘hutang’ marah ayah akan dituntut. Dan takkanlah ayah nak tuntut sekarang? Mampus! ‘ayah nak kahwinkan Hani dengan anak kawan ayah. Hani bukan muda lagi. Dah nak masuk 30. Tengok gaya Hani macam ni sampai bila ayah nak tunggu.’ Luah ayah. Hani menunduk. Perlukah diturut? Dia hormat ayah, tak sanggup menolak. Kalau menolak, memang dia jadi ‘andalusia’ la gamaknya. ‘kenal Shahir?’ Tanya ayah berbasa-basi, tidak menuntut jawapan yang memang telah dia tahu. Hani memandang ayahnya seakan tidak percaya. Ayah tidak memandang wajahnya. Bererti ayah tidak mahu berbincang. Muktamad. Hani menelan liur. ************ Hani memandu pulang. Resah setiap kali waktu pejabatnya habis. Benci dengan kenyataan yang dia kini berkongsi hidup dengan Shahir. Dan yang paling dia tak puas hati ialah penerimaan Shahir. Kata ayah (Hani bertanya bila mood ayah dah baik sikit), Shahir tidak menolak langsung bila diusulkan tentang perkahwinan itu. Cis, dasar lelaki! Pantang dapat peluang! Pantang dapat perempuan cantik! Namun Hani sudah bertekad tidak akan memberi hak suami itu kepada Shahir. Dan Shahir? Tidak pernah kisah langsung. Lega juga Hani melihat Shahir begitu. Sekurang-kurangnya, tak akan ada berita ‘Suami dibunuh isteri di malam pertama’ terpampang di muka depan akhbar utama. Namun hidupnya tidak pernah aman juga. Kerana hari mereka akan bermula dengan pertengkaran dan berakhir dengan pertengkaran. Tidur sebilik? Hani terpaksa bila memikirkan amaran ayah sebelum dia bernikah. ‘kalau ayah tau Hani tidur bilik lain, ayah takkan maafkan Hani, ingat.’ Dan terikatlah Hani di alam perkahwinan yang sepatutnya menjadi impian indah semua insan. Tidak percaya juga dia bila memikirkan sudah 5 bulan berlalu dan mereka masih ‘suami isteri’ di atas kertas. Hani tidak mahu mempersoalkan hal ‘cerai’ kerana sayangnya pada ayah. Dia rela berkorban. Tapi pengorbanan itu tiada hasil langsung. Yelah, tidur masing-masing bagi belakang tak ada guna juga kan? Hani tidak mahu beralah. Dia tidak akan beralah dengan Shahir. Jika dulu dia akan berdiam, sekarang semua benda akan dijawabnya. Pantang ada peluang. Sampai di rumah, Hani melangkah longlai. Masih teringat peristiwa pagi tadi. Kereta dia ada, maksudnya dia ada. Hani melepaskan keluhan panjang. Bosan dengan hidup. Dia masuk ke dalam rumah yang sunyi, menaiki tangga ke bilik. Tiada orang di dalam bilik. Hani tidak ambil kisah. Lagi senang. Mungkin dia di bilik bacaan. Dia mencapai tuala dan masuk ke dalam bilik air. Beberapa minit kemudian, dia selesai mandi. Mencari-cari sesuatu yang kurang. Alamak! Gaun mandi tak ada kat sini! Dipandang sepi tualanya. Tuala pendek pulak. Muat-muat saja dari dada sampai ke atas lutut. Habis la. Lupa pula dia gaun mandi itu dijemur di luar sebentar pagi tadi. Macam mana nak gantung dalam bilik air? Shahir mandi mengalahkan puteri. Lama bukan main. Bosan menunggu, Hani terus terlupa tentang gaun mandi itu. Bangun pulak lambat, lagi la. Hari ni memang hari paling malang antara hari malang selama 5 bulan ni (sebab sejak kahwin memang harinye dilabel malang semua). Macam mana ni? Dan tiba-tiba Hani terjerit kecil apabila pintu bilik air diketuk dari luar kuat. Bagai nak roboh pintu. ‘wei, cepat sikit. Aku sakit perut ni!’ jerit Shahir dari luar. Hani terdiam. Gila nak keluar macam ni? Selama 5 bulan Shahir hanya mampu menatap dari hujung rambutnya hingga ke lehernya saja. Dia tidak pernah mendedahkan lebih dari itu. ‘dah tak ada bilik air lain ke awak nak guna? Turun bawah lah.’ Jerit Hani pula. ‘suka hati aku lah! Aku bayar sewa jugak! Bukan kau je duduk kat rumah ni!’ tempelak Shahir. ‘tak nak! Awak turun bawah!’ jerit Hani, tidak mahu kalah. Tak boleh!! ‘wei, kau ni kenapa? Keluar la perempuan! Aku tak tahan ni!’ ‘tak nak‼’ jerit Hani lagi. Kalau ikutkan, dia tak kebulur nak terperap dalam bilik air ni. Tapi dia terpaksa sangat! Tak mungkin dia akan keluar! ‘Hani! Kau gila ke ha?’ ‘memang saya gila! Suka hati saya la! Awak ambik kunci saya pagi tadi! Rasakan lah!’ teringat pulak cerita pagi tadi. Tak berniat tapi lebih kepada mencari dalih. Tidak mahu Shahir tahu sebab sebenar dia tidak mahu keluar. ‘gila!’ jarit Shahir sebelum sepi menyelubungi suasana. Hani tertanya-tanya sendiri. Dia dah turun ke? Ish, susah betul! Hani membuka pintu bilik air sedikit. Mengintai kelibat manusia. Tak ada. selamat kot? Dia pantas keluar, berjalan perlahan-lahan ke arah pintu. Mahu dikuncinya. Belum sempat tangannya mendarat di tombol, pintu telah terbuka dulu dari luar. Alamak! Shahir terkedu. Hani tergamam. Shahir mengatur langkah perlahan ke arah Hani. Senyuman terukir di wajahnya. Hani menggelabah. Tu senyum perogol dalam tv! Alamak, nak lari mana? Dia pantas bergerak mahu menuju ke bilik air namun langkahnya terhenti. Tangannya tersangkut pada sesuatu. Or lebih tepat lagi, sesuatu menyangkut pada pergelangan tangannya. Jemari Shahir.

‘lepas lah!’ tempelak Hani. Lebih kepada menunjuk kuat. Sedang hatinya Tuhan saja yang tahu. Matilah aku! Esok, gerenti tajuk ‘Isteri dirogol suami’ jadi muka depan akhbar! Aku tak nak! ‘patutla degil tak nak keluar. Rupanya pakai tak senonoh.’ Hani menjeling Shahir. Cis, sungguh sengal ayat itu! ‘suka hati saya lah! Sekarang lepaskan tangan saya boleh?’ Hani, jangan tunjuk lemah! ‘tak boleh lah. Takkan saya nak biar je ikan goreng depan mata?’ ces! Hampeh betul laki ni! ‘hei, awak. Kalau dah tau rabun kenapa tak pergi jumpa doctor je ha? Beli cermin mata 15 inci! Dah tak reti beza ke orang dengan ikan?’ bebel Hani. Gelabahnya jangan kata. Habis! Dia tidak boleh meronta juga kerana tualanya boleh terlucut bila-bila masa saja. Sebelah tangan pegang ikatan tuala, sebelah lagi dah kena gari, macam mana ni? Hani tidak sanggup memikirkan nasibnya selepas ini. Gementar menyelubungi dirinya. Shahir mendekat, jemari Hani di dalam genggamannya dikucup. Hani terkedu! Habislah gelaran isteri dara yang aku pegang selama ni! Shahir mendekat lagi, wajahnya didekatkan pada rambut Hani yang basah. Peluh dingin memercik. Hani memejamkan matanya. Dia tahu, hanya satu cara sahaja lelaki itu akan melepaskannya, cara yang tidak pernah dia gunakan dengan Shahir. Merayu. Ya, Hani perlu merayu supaya lelaki itu melepaskannya. Dia tidak rela perkara yang sedang dibayangkan di dalam mindanya sekarang terjadi. Tidak rela hari itu menjadi hari ini dalam sejarah. ‘Shahir, lepaskan saya, please.’ Suara Hani mengendur. Suaranya lirih. Shahir tidak menjawab, masih meneruskan gerakannya, dan bibirnya kini singgah di leher Hani. Hani melarikan kepalanya sejauh yang termampu. ‘Shahir, please. Let me go.’ Air mata sudah mengalir laju menuruni pipi. Ketakutannya sudah tidak terbendung. Masih tiada tindak balas yang diharapkan dari Shahir. ‘Shahir, please. Jangan tambahkan lagi sebab untuk saya benci awak, tolong Shahir. Saya merayu pada awak.’ Esakan kecil kedengaran. Gerakan Shahir terhenti. Shahir merenung tepat mata Hani yang sudah basah. Wajah itu direnung dalam. Sebelah tangannya perlahan dan lembut mengusap pipi Hani yang sudah basah. Hani tidak mampu menepis, dan dia tiada daya menepis. Asalkan Shahir tidak menggila, dia akan membiarkan lelaki itu menang dalam hal lain. Pandangan mata mereka bertentangan. ‘but I have never hated you Hani. Never ever.’ Luah Shahir perlahan, dia menyinggahkan bibirnya lama di dahi Hani, sebelum pegangannya dilonggarkan dan dia melangkah keluar dari bilik. Hani tergamam dan terkedu. Tidak berapa lama kemudian, dia mendengar deruman enjin sebelum bunyi itu menjadi sayup di kejauhan. Hani mencapai bangku meja solek, dan dia terduduk lemah. Tidak tahu apa reaksi yang patut diberikan. Tidak percaya dengan apa yang didengarinya. bingung dengan suara hatinya juga yang seakan-akan bersorak ceria dengan tindakan Shahir mengucup dahinya. Hatinya berbunga. Hani bingung, sungguh bingung. Aku benci dia, tapi kenapa…. Jam sudah menunjukkan pukul sebelas malam dan Shahir masih belum pulang. Hani menjeling jam untuk kesekian kalinya sambil matanya silih berganti memandang ke porch. Masih tiada tanda-tanda Shahir akan pulang. Telefon? Kerana bencinya, mereka tidak pernah ada nombor telefon masing-masing. Berhubung Cuma dengan telefon rumah (itupun boleh dikira dengan jari, selalunya bertengkar dan bertekak depan-depan je). Dan kini sesalan timbul, sesal kerana dia terlalu ego hinggakan nombor telefon Shahir pun sanggup dia tidak ambil. Dan tiba-tiba telefon bimbitnya menjerit-jerit minta diangkat. Lina. Hani menekan butang hijau. ‘helo Lina.’ ‘Hani, aku ada berita ni, tak tau la aku patut cakap ke tak tapi aku rasa patut.’ ‘apa dia? Kau jangan main-main la, cakap je.’ Tingkah Hani, sudahlah risaunya dengan Shahir tak habis lagi, Lina pulak nak menambahkan kerisauannya. ‘Shahir….dia accident, kereta dia remuk….’ Hani terjelupuk di atas lantai. Shahir! Jangan pergi dulu! ********** ‘Hani, kau ok?’ sayup suara itu kedengaran. Suara Lina. Eh, kenapa Lina kat rumah aku? Hani memutar kembali memorinya. Shahir! Matanya terbuka luas. ‘Lina, Shahir, Shahir macam mana?’ Lina melepaskan keluhan panjang. ‘Hani, sebab tu aku datang terus lepas kau diam masa aku tengah bercakap tadi.’ ‘Shahir Lina, apa jadi dengan dia?’ Tanya Hani lagi, air mata mengalir laju membasahi pipi. ‘Hani, aku rasa baik kita ke hospital sekarang, aku tak berani nak cakap Hani.’ Wajah Lina mendung. Hani tidak sedap hati. Shahir, maafkan aku! ********** Sampai di hospital, Lina memimpin Hani yang sudah lemah jalannya ke wad kecemasan. Dalam hati dia tidak putus-putus berdoa agar masih ada peluang untuknya menebus salahnya pada suami yang baru diakuinya. ‘Lina, salah aku Lina, salah aku. Aku sakitkan hati dia.’ Rintih Hani. ‘tapi setahu aku kau tak kisah kan?’ Tanya Lina, agak hairan dengan bicara Hani yang kedengaran ganjil itu. ‘Lina, aku sayang dia. Aku tak nak dia pergi Lina. Aku sayangkan dia,’ luah Hani lagi, sudah tiada malu bicaranya didengar orang. ‘Hani, kau kan tak pernah kisah dengan dia?’ ‘aku kisah! Sebab aku cintakan dia! Lina, mana Shahir, kenapa kau tak bawak aku dekat dia Lina, mana dia Lina? Mana?’ rintih Hani lagi, pelukan Lina masih kejap. Tidak menyangka kawannya akan menjadi begitu apabila mendapat berita buruk ini. ‘cari aku ke?’ Hani terdiam mendengar suara itu di belakangnya. Dia menoleh perlahan. Dan Shahir bersandar di dinding, senyuman terukir di bibir. Tak ada ciri-ciri orang lepas accident pun. ‘kau.’ tutur Hani. ‘yelah aku, siapa lagi?’ senyuman Shahir semakin lebar. Hani menoleh melihat Lina yang sudah tersenyum-senyum simpul juga. Tiba-tiba muncul pula seorang lagi lelaki yang tidak pernah Hani kenali berdiri di sebelah Lina. Di dahinya bertampal plaster. Di tangannya pun ada. ‘tapi, kereta dia remuk, kenapa….’ Tanya Hani, masih tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. ‘Helmi pinjam kereta aku, dia yang accident, bukan aku. Kau tak happy tengok aku sihat macam ni?’ Tanya Shahir, tiada berselindung. Hani terdiam. Air matanya dikesat. Dipandangnya Lina. ‘kau kenakan aku Lina.’ Nafasnya turun naik, menahan malu dan geram. Malu kerana isi hatinya terluah juga. Geram bila mengetahui yang dia dipermainkan. Dia menoleh kepada Shahir semula. ‘dan aku benci kau!’ jeritnya sebelum dia mengatur langkah laju, mahu melintasi Shahir yang terlebih dahulu menangkap kedua-dua bahunya lalu tubuh Hani dibawa dalam pelukannya. Hani meronta-ronta, air mata mengalir lagi. Shahir masih memeluknya kejap. Dan Hani sudah menyerah. Menangislah dia di dada lelaki itu. ‘maafkan aku, aku yang bersalah.’ ‘aku benci kau.’ tutur Hani dalam sendu. Ditumbuknya Shahir perlahan namun Shahir Berjaya mengunci tangannya juga. ‘aku sayang kau.’ tutur Shahir, ikhlas. ‘aku benci kau!’ balas Hani pula. Esakannya bertambah kuat. ‘aku cintakan kau.’ ‘aku benci kau!’ ‘aku cintakan kau dulu, kini, selamanya Hani.’ Hani terdiam, Cuma esakannya yang kedengaran. ‘don’t you ever leave me again.’ Shahir tersenyum mendengar arahan itu. Akhirnya…. ‘I’ll never leave you Hani, never ever.’ Pelukannya bertambah kejap. Lina terharu melihat adegan itu. Helmi di sisi direnung, kekasihnya yang tidak pernah Hani kenal, yang juga merangkap teman sepejabat Shahir. ‘I hate you so much.’ Ujar Hani lagi, dalam suara yang sudah mengendur. Shahir senyum lagi. ‘I know, honey, and I love you so much!’ Shahir berbalas senyum dengan Lina dan Helmi. Akhirnya, benci menjadi cinta!

                                                                ~end~

HONY I HATE YOU

‘hei kau. ironkan baju aku.’ Shahir selamba menghulurkan kemejanya kepada Hani yang jelas kelam-kabut bersiap untuk ke pejabat. Hani menjeling. Sengal mamat ni! Dah tengok aku kelam kelibut cam ni lagi nak sabotaj aku. ‘nampak tak papan iron tu? Nampak seterika tu? Ada kaki, ada tangan, jalan pergi sana, bukak suis, iron la SENDIRI!’ tempelak Hani. Geram. Dia pantas mencapai tas tangannya lalu melangkah laju keluar bilik. Shahir senyum sinis. Cuma melihat Hani yang keluar macam ribut dari bilik itu. Tiba-tiba, dia ternampak sesuatu di atas meja solek. Dia senyum lagi. Haha. Siap kau. Hani masuk ke kereta, menyeluk-nyeluk tas tangannya mencari sesuatu. ‘alamak, mana pulak kunci ni…’ Hani mengomel sendiri. Kat atas ke? Hani masuk ke rumah semula, sampai di bilik, menjeling Shahir yang bersenang-lenang di atas katil, dan tangannya menyelongkar laci dan meja solek. Mencari-cari kunci keretanya. Ish, bencinya bila sampai part ni. Nak tak nak terpaksa dia bertanya. ‘awak, Nampak kunci kereta saya tak?’ Tanya Hani, egonya yang menebal ditolak tepi sekejap. ‘tak.’ Jawab Shahir bersahaja, majalah Aksi AF dibelek-beleknya. Pandang wajah Hani pun tidak. Hani mendengus kecil. Argh, menyesal Tanya! Tapi ke mana pulak perginya? Dia menyelongkar lagi. Penat dan geram dengan situasi itu, dia menghempaskan punggung di atas katil. Shahir kelihatan terganggu. ‘hei kau. duduk baik-baik boleh? Bergegar katil ni.’ Hani tidak menjawab. Malas nak layan. Shahir senyum sendiri. ‘ish, macam mana ni? Dah lambat sangat ni,’ Hani membebel sendiri, dijelingnya jam di tangan. Dia bingkas, berusaha lagi mencari di dalam laci dan almari baju, mana tau tersesat ke. Walaupun dia positif kunci itu tidak akan sampai ke situ. Shahir bingkas juga, menghampiri meja solek sekejap sebelum menuju ke pintu. ‘kau cari apa? Kunci kereta? Rabun ke? Atas meja tu pun tak Nampak ke?’ lalu dia keluar dari bilik. Hani mengalih pandang ke atas meja solek. Ada! Tadi tak ada. dia mencapai kunci itu sebelum menyerbu keluar bilik. ‘awak ambil kunci ni kan?’ marah Hani. Shahir masih dengan wajah bersahaja. ‘ah, takde masa la aku nak kacau barang kau.’ anak tangga dituruni satu persatu. Hani mengekor dari belakang dengan wajah tidak puas hati. ‘tipu! Tadi tak ada!’ ujar Hani lagi, suaranya meninggi. ‘kalau mata tu dah memang rosak, pergi jumpa doctor, pakai cermin mata 10 inci, ok? Jangan nak main tuduh-tuduh lak.’ Shahir sudah memusing badannya menghadap Hani yang seakan-akan menunggu masa mahu menerkam Shahir. Nafas Hani turun naik menahan geram. “argh‼‼ benci‼! Tepilah!’ ujar Hani seraya menolak kasar badan bidang Shahir yang menghalang laluannya. Dia perlu cepat dan geramnya terpaksa diketepikan buat seketika. Bencinya pada insan bernama Shahir itu takkan pernah habis. Dia masuk ke dalam kereta dan pintu dihempas kuat. Enjin kereta dihidupkan dan keretanya dipandu laju pergi meninggalkan rumah yang tidak pernah aman padanya sejak 5 bulan lalu. ‘kau sure ke dia ambil kunci kau? ke kau memang tak Nampak?’ Lina bertanya. Hani mendengus kecil. Asyik-asyik nak bela dia. ‘yela, aku sure! Memang kunci tu tak ada mula-mula, lepas tu dia letak bila dia nak keluar. Dia ambil kunci tu. Aku dah cari bagai nak gila tak ada, tiba-tiba ada. takkan kunci tu boleh hidup kot? Main cak-cak pulak dengan aku!’ marah Hani, baru berpeluang melepaskan geramnya pagi tadi. ‘Hani, kau pun tau, kalau kita cari barang time kelam-kabut memang takkan jumpa. Bila dah rilek or orang lain tolong, baru benda tu akan kita jumpa, kadang-kadang kita dah Nampak tapi disebabkan perasaan tak tenang, kita memang takkan perasan. Kau main tuduh je, kalau dia tak salah buat dosa kering je.’ ‘aku tak faham la, kenapa kau suka bela dia? Aku ni kawan kau tau, bukan dia!’ tempelak Hani. Lina menggeleng. ‘Hani, aku lagi tak faham, dia suami kau, kenapa kau benci dia sangat?’ Hani terdiam. Sebab dia Shahir! I hate you Shahir! Jeritan itu menyelubungi seluruh perasaannya tika itu. to be continued...

LOVE STORY

He met her at a party. She was so outstanding, many guys chasing after her, while he so normal, nobody paid attention to him. At the end of the party, he invited her to have coffee with him, she was surprised, but due to being polite, she promised. They sat at a nice coffee shop, he was too nervous to say anything, she felt uncomfortable, she thought, please; let me go home.... suddenly he asked the waiter. "Would you please give me some salt? I'd like to put it in my coffee." Everybody stared at him, so strange! His face turned red, but still, he put the salt in his coffee and drank it. She asked him curiously; why he had this hobby? He replied: "when I was a little boy, I was living near the sea, I liked playing in the sea, and I could feel the taste of the sea, just like the taste of the salty coffee. Now every time I have the salty coffee, I always think of my childhood, think of my hometown, I miss my hometown so much I miss my parents who are still living there". While saying that tears filled his eyes. She was deeply touched. That was his true feelings, from the bottom of his heart. A man who can express his homesickness must be a man who loves his home, cares about home, and has responsibility for his home. Then she too started to speak, spoke about her faraway hometown, her childhood, her family. That was a really nice talk, a beautiful beginning of their story. They continued to date. She found out that he actually was the man who met all her demands; he had tolerance, was kind hearted, warm, careful. He was such a good person but she almost missed him! Thanks to his salty coffee! Then the story was just like every beautiful love story, the princess married to the prince, and then they lived a happy life... And, every time she made coffee for him, she put some salt in the coffee, as she knew that?s the way he liked it. After 40 years, he passed away, left her a letter which said: "My dearest please forgives me, forgive the lie of my life. This was the only lie I ever said to you---the salty coffee. Remember the first time we dated? I was so nervous that time, I actually wanted some sugar, but I said salt instead. It was too embarrasing for me to take back so I just went ahead I never thought that could be the start of our communication! I tried to tell you the truth many times but I was too afraid to do so as I had promised never to lie to you about anything...Now I'm dying, I'm afraid of nothing so I am telling you the truth: I don't like salty coffee, what a strange bad taste.. I have had to take the salty coffee for my whole life with you and never had to feel sorry for it because I did it for you. Having you with me is the biggest happiness in my entire life. If I could live a second time, I'd still want to know you and have you for my whole life, even if I if had to drink salty coffee again". Her tears made the letter totally wet. One day someone asked her: what's the taste of salty coffee? It's sweet. She replied. Love is not to forget but to forgive, not to see but to understand, not to hear but to listen, not to let go but to HOLD ON. Don't ever leave the one you love for the one you like, because the one you like will leave you for the one they love. Cinta Oh Cinta...

AKU LELAKI EGO

Dia terlalu sayangkan aku. Itu yang aku sangat pasti. Atas sebab itu aku rasa terlalu selesa kerana aku yakin dia tak kan meninggalkan aku. Dia sanggup mengetepikan kepentingan diri sebab nak menjaga hati aku. Sering aku biarkan dia memujuk dirinya sendiri bila dia merajuk. Buat apa aku nak pening-pening pujuk dia kalau dia sendiri akan kembali padaku dan meminta maaf atas keterlanjuran sikapnya sendiri. Sebarang perselisihan, dia yang akan mengalah dan dia akan menyalahkan dirinya sendiri walaupun jelas memang salahku. Dia wanita yang rela berkorban apa sahaja kecuali satu, dia tak mahu dirinya disentuh sebelum kami memiliki ikatan yang sah. Dan atas sebab yang satu itu aku rasa dia perempuan yang membosankan. Nak pimpin tangan pun tak boleh. Apatah lagi nak peluk. Ada pun bergesel bahu itu pun sebab aku yang sengaja. Sampai satu tahap aku rasa dia sangat membosankan. Aku cemburu tengok kawan-kawan aku boleh pegang tangan awek diorang. Tapi aku? Bila aku cakap macam tu, dia cuma senyum dan cakap pada aku, “Belum tentu perempuan yang sentuh boyfriend dia tu sayang boyfriend dia lebih dari saya sayang awak… Belum tentu perempuan tu ada masa susah senang boyfriend dia macam saya ada untuk awak…” Yang nyata, aku langsung tak setuju jawapan dia tu. Aku tengok pasangan lain bahagia, sudah tentu girlfriend kawan-kawan aku sayangkan mereka sebab girlfriend masing-masing membelai kawan-kawan aku dengan penuh kasih sayang. Tapi aku? Jangan harap. Balik-balik jawapan yang sama. Tunggu lepas kahwin. Aku bosan tahu tak! Sampai satu masa aku dah tak tahan lagi. Aku minta kami berpisah. Aku nampak air matanya berlinang tapi sikit pun aku tak rasa kasihan. “Mungkin kita tak ada jodoh. Awak lelaki yang baik. Awak berhak dapat perempuan yang lebih baik. Saya nak awak janji dengan saya satu benda, untuk kali terakhir. Satu hari nanti bila awak jatuh cinta dan awak betul-betul sayangkan dia, hargai perempuan tu. Mudah-mudahan perempuan tu akan sayang awak, terima awak seadanya, hormati awak sebagai lelaki dan yang paling penting bahagiakan awak. Saya akan bahagia tengok awak bahagia,” tu kata-kata terakhir dia untuk aku. Dia senyum walaupun air mata berlinang. Argh! Tak habis-habis nak tunjuk mulia. Bosanlah dengan perempuan macam ni. Malas aku menghadap dia lama-lama. Cepat-cepat aku nak blah dari situ. Tiba-tiba ada bunyi hon dan sedar-sedar aku sudah tersungkur di seberang jalan. Satu dentuman yang kuat bergema dan aku lihat dia terbaring di hadapan sebuah kereta. Dia selamatkan aku! Lelaki yang dah menyakitinya! Darah membuak-buak keluar dari kepalanya. Ambulans datang dan membawa aku dan dia pergi. Di hospital keadaan kelam kabut. Dia perlu dibedah segera kerana kecederaan teruk di kepala. Ramai kawan-kawan dan keluarganya turut ada sama. Aku tengok seorang wanita yang hampir sebaya ibuku menangis. Mungkin ibu dia. Mengalirnya air mata seorang ibu kerana aku. Rasa bersalah menimpa aku. Aku dah sakiti dia tapi dia rela berkorban nyawa untuk aku. Aku berdoa semoga dia selamat. Semoga aku sempat meminta maaf. Semoga masih ada ruang dalam hati dia untuk aku. Dia sangat baik. Aku tak mahu kehilangan dia. Dia ikhlas sayangkan aku.


Selepas beberapa jam pembedahan selesai. Dia berada di dalam ICU. Dia koma, tapi doktor kata dia masih mampu mendengar. Tiba-tiba seorang kawannya menghampiri aku. Kawannya menghulurkan sesuatu. “Aku rasa benda ni dia nak bagi pada kau,” hanya itu yang gadis itu ucapkan pada aku. Kawannya terus berlalu selepas itu. Pandangan kawannya pada aku penuh benci. Tahukan kawan dia tentang kejadian sebenar? Yang nyata aku tak pernah mahu berbaik dengan kawan-kawan dia. Pernah juga dia bersuara tentang hal itu tapi aku sekadar buat tak tahu. Pulang sahaja aku buka bungkusan itu. Pasti hadiah untuk hari lahirku. Hari lahirku dua minggu lagi. Balutan kertas itu kubuka dan di dalamnya ada botol kaca berbentuk hati. Di dalam botol itu penuh dengan origami berbentuk bintang. Ada kad kecil berwarna biru kegemaranku. Aku sebak membaca bait-bait dalam kad itu. “Dalam origami bintang ni ada kata-kata saya untuk awak. Awak buka setiap hari SATU sahaja. Mungkin saya tak dapat nak hubungi awak setiap hari sebab kesibukan kerja. Tapi, bila awak baca setiap hari, anggaplah setiap hari saya berhubung dengan awak. Saya nak awak tahu setiap masa awak ada dalam hati saya. Happy Birthday sayang…” Aku buka botol kaca berbentuk hati itu dan kuambil satu bintang. Kubuka origami itu dan di dalamnya tertulis, “Love is like a poisonous mushroom. You don’t know if it is the real thing until it is too late..” Aku tersenyum sendiri. Aku buka lagi bintang yang seterusnya. Walaupun dia meletakkan syarat satu hari cuma satu. Di dalam semua origami itu penuh kata-kata semangatnya untuk aku dan suara cintanya yang ikhlas. Demi Allah, sepanjang aku bergelar lelaki dewasa, inilah pertama kali aku menangis semahunya. Air mata aku tak berhenti mengalir sepanjang membaca kata-kata dalam origami itu sehingga habis semuanya kubaca. Aku telah menyakiti seorang wanita yang luhur. Aku melawatnya di hospital. Walaupun mukanya penuh calar, bibirnya pucat dan kepalanya berbalut, dia tetap cantik di mata aku. Dia bukanlah wanita yang memerlukan make up tebal kerana dia memiliki kecantikan asli. Atas sebab itu aku menghalangnya terlalu rapat dengan mana-mana lelaki kerana gusar jika ada yang tertarik. Dia sekadar menurut. Demi menjaga hati aku. Aku capai tangannya yang berselirat dengan pelbagai wayar yang aku pun tak tahu. Sejuk tapi betapa lembutnya tangannya. Pertama kali aku menyentuhnya. Aku bisikkan ketelinganya, “Sayang..saya datang… Cepatlah sedar. Saya rindukan awak. Saya banyak bersalah pada awak. Saya minta maaf,” pertama kali aku minta maaf darinya. Tiba-tiba denyutan nadinya jadi tidak menentu. Aku panic. “Hei, apa yang kau dah buat pada dia? Tak cukup kau sakiti kawan aku?” jerkahan kawannya mengejutkan aku. Doktor dan beberapa jururawat bergegas masuk dan aku diminta keluar. Setiap hari aku berdoa supaya dia cepat sembuh, cepat sedar. Aku gusar sekiranya Allah mengambil nyawanya. Bukan aku tidak redha dengan ketentuan, aku sedar aku masih perlukan dia. Aku sayangkan dia. Genap dua minggu, aku mendapat berita dia sudah sedar. Aku bersyukur. Inilah hadiah hari lahir yang paling bermakna untuk aku. Dia juga sudah dipindahkan ke wad biasa. Aku mahu melawat dia. Aku rindu senyuman dia. Aku mendapat panggilan telefon yang meminta aku mengambil tempahan. Namun kerana terlalu gelojoh, aku terlanggar botol kaca bentuk hati pemberian dia. Ah, semuanya akan aku uruskan nanti. Aku biarkan serpihan kaca bertaburan di lantai. Tak sangka dia menempah kek khas untuk aku. Dia atas kek itu tertera bahagian belakang jersi pasukan bola sepak kegemaranku, Arsenal berserta namaku dan nombor kegemaranku. Aku senyum sendiri. Bahagianya aku. “Abang bertuah. Girlfriend abang cakap dia tak tahu apa-apa fasal bola. Dia cuma tahu pasukan apa yang abang minat dan nombor yang abang suka. Sebab tu dia tempah kek ni khas untuk abang dan minta abang ambil sebab dia nak buat surprise. Dia cakap dia nak makan kek ni dengan abang. Kakak tu cantik, baik pulak tu. Abang kirim salam pada akak ya? Abang jaga akak tu elok-elok,” ramah gadis yang bekerja sebagai juruwang di kedai itu memberitahuku. Aku senyum sepanjang jalan ke hospital. Sampai di hospital aku lihat dia sedang duduk di atas katil. Tiada sesiapa bersamanya. Dia sekadar termenung. Aku senyum padanya. Dia seakan terkejut melihat aku datang. Aku terfikir juga, boleh ke orang sakit makan kek? Tapi kan dia nak makan kek ni dengan aku. “Sayang.. terima kasih kek ni. Saya happy sangat awak dah sedar. Adik cashier kedai tu kirim salam pada awak. Dia cakap awak nak makan kek ni dengan saya. Saya suapkan ya?” aku suakan sudu pada dia. Tapi sesuatu yang aku tak pernah duga, dia tepis tangan aku sampai sudu terpelanting ke lantai. Dia tak pernah kasar dengan aku. Dia selalu melayan aku dengan lembut. Aku pernah cuba pegang tangan dia pun dia tolak dengan baik. Mungkin dia terlalu terluka dengan aku. “Baliklah. Saya makin sakit tengok awak. Bawak balik kek tu sekali. Saya tak nak tengok apa-apa berkaitan awak lagi,” pantas dia menarik selimut menutup muka. Aku terkedu sendiri. Dia tak mahu pandang aku lagi. Hati dia dah tertutup untuk aku. Dia tak pernah macam ni. Selang beberapa hari, aku datang lagi tapi katil dia sudah kosong. Aku risau jika apa-apa yang buruk berlaku padanya. Dari jururawat aku tahu dia sudah dibenarkan pulang kerana keadaanya sudah stabil. Tapi yang mebuatkan jantung aku hampir gugur bila jururawat itu memberitahu dia masih menjalani rawatan susulan dan terapi kerana dia lumpuh. Dia lumpuh kerana aku! Itu semua tiga tahun yang lalu. Sejak kejadian tu aku tak pernah jumpa dia lagi. Tahu apa-apa khabar berita pun tidak kerana aku memang tak pernah nak berbaik dengan kawan-kawannya. Walaupun sudah tiga tahun tapi aku masih merinduinya. Aku tak jumpa wanita yang mampu menyayangi aku lebih dari dia. Ah, panjangnya menung aku sampai nasi di hadapan mata sudah hampir dingin. Baru aku hendak menyuap makanan ke dalam mulut, mataku terpaku pada satu wajah yang duduk selang beberapa meja dari aku. Dia? Aku pasti tu dia. Senyum dia masih sama. Tapi keadaan tidak lagi serupa. Dia sedang makan bersama lelaki lain. Sesekali aku lihat dia mengusap perutnya. Dia mengandung. Maknanya dia sudah kahwin. Dan aku lihat lelaki yang juga makan di sebelahnya mengusap-usap tangan dia. Pasti itu suaminya. Dan aku sedar aku tak setanding suaminya sebab lelaki itu kelihatan lebih serba-serbi dari aku. Air mataku rasa ingin mengalir. Senyuman mahal milik dia yang dulu cuma untuk aku kini khas buat lelaki lain.
Suaminya lelaki bertuah. Itu aku tak nafikan. Cuma suaminya yang dapat menyentuhnya. Cuma suaminya yang dapat melihat apa yang terlindung. Dan aku sangat pasti, cuma suaminya yang mendapat takhta paling agung dalam hatinya yang suci. Dia seperti botol kaca berbentuk hati yang pernah diberikan padaku dulu. Botol itu sudah pecah, namun aku sudah ganti dengan yang baru. Yang sama tapi tak serupa. Botol yang lama dipilih oleh dia dan yang baru dipilih oleh aku. Walapun aku masih menyimpan serpihan kaca botol itu, bentuknya tak lagi sama macam dulu. Dan sangat mustahil untuk kembali seperti dulu. Pesanan buat semua lelaki, hargailah wanita yang menyayangi kamu. Jangan jadi macam aku. Matanya sangat cantik tapi aku selalu biarkan dia mengalirkan air mata dengan perbuatanku. Hidungnya yang kecil dan comel selalu aku sesakkan dengan asap rokokku walaupun aku tahu dia tak suka dan asap rokok boleh buat dia sakit kepala. Bibirnya sangat indah tapi aku selalu biarkan bibir itu tersenyum paksa kerana mangalah dengan setiap kemahuanku. Telinganya aku tak pernah nampak, terlindung, tapi telinga itu sering aku biarkan menerima segala marahku. Hatinya sangat lembut, dan aku selalu toreh dengan belati tajam dan aku biarkan dia merawat sendiri luka itu. Akhirnya, aku hanyalah lelaki ego yang tak memiliki apa-apa kerana dia sudah dimiliki orang lain.