Pages

Monday, April 23, 2012

PERTEMUAN KEDUA PART 1

PART 1

I need a pair of ear plug. Rasanya aku ada simpan dekat meja aku. “ Dah 10 tahun kita tak jumpa, so ni lah masa dia kita nak gather balik.” Aku jalankan kerja aku sambil senyum. “ Ana, kau dengar ke tak ni?” Aku angguk-angguk sambil senyum. Mata aku pandang skrin. “ So, kau nak ikut tak?” Aku pandang Syira. Syira pandang wajah aku penuh mengharap. “ Aku busy la Syira.” Syira mendengus. “ Tu je ayat kau. Busy je manjang. Bukannya lama pun. 2 hari je.” Dan Syira terus membebel. Aku buat kerja aku. “ Tengok tu. Bukannya nak dengar.” Syira diam. “ Congrats Syira. Baby girl.” Aku senyum lebar kat dia. Aku bagitau result kat Syira and tunjuk gambar ultrasound kat dia. No response. Syira diam je. Dia start dah. “ Syira.” Sedut air hidung. Aku tarik nafas dan hembus. Garu kepala yang tak gatal. “ Syira. Aku bukannya tak nak pergi. Tapi aku sibuk.” “ Mana kau tahu kau sibuk? Aku tak cakap lagi pun bila diorang nak buat trip tu.” Aku duduk depan Syira. Pass tisu kat dia. Dia buang hingus. Perempuan mengandung memang sensitive. “ Okay.” Aku cakap dengan nada mak-cakap-dengan-anak. “ Bila trip tu?” “ Weekend ni.” Mata dia yang berair dan merah pandang aku. Buka planner aku. “ Aku free hari ahad... but hari sabtu aku ada kerja half day.” “ It’s okay. Kau boleh pergi lambat sikit hari Sabtu tu. I believe the others won’t get mad. Kita boleh gather and sembang-sembang malam tu.” Syira cakap macam budak kecik. Aku mengeluh. Syira pandang aku mengharap. Aku pandang dia balik. “ Kesian la aku. Aku kan pregnant.” Suara dia kecik je. Aku senyum. Dan angguk. Syira tepuk tangan happy dan peluk aku. “ Thanks darling.” “ Ya!!!” Aku cakap macam marah dia. “ Kau nak tahu ke tak jantina baby kau ni?” “ Aku dah tahu. Perempuan kan?” “ Yela. Dah kau dengar aku cakap tadi.” Syira geleng. “ Memang aku dah agak. Mak aku cakap perut aku bulat, so perempuan la.” Dahi berkerut. “ Habis sapa yang suruh kau datang check ni?” Syira sengih. “ Amin la.” Amin is Syira’s husband. Aku memang kenal Amin sebab kitorang satu kelas masa sekolah menengah. Tak expect pulak dekat universiti, Amin sekelas dengan Syira. Diorang dah kawin setahun lebih and sekarang Syira pregnant anak sulung diorang. Aku pulak kenal Syira masa kat Kolej M. She’s my bestie since then. And now she’s talking about our reunion lepas 10 tahun kitorang tak jumpa. Actually she’s been talking about the reunion since the last two weeks. Dia yang plan nak buat kat mana, nak jemput siapa, etc, etc. And everytime dia datang buat check up pasal kandungan dia kat aku or aku keluar dengan dia beli barang baby, dia akan cerita pasal reunion. How excited she is nak jumpa rakan-rakan lama kitorang sebab ada yang dah tak contact langsung. But for some reason, aku kurang berminat dengan reunion ni. It’s just that I don’t want to meet... “ So, kau kenala inform Daus yang kau tak free weekend ni.” Eh, dah lama ke dia bercakap dengan aku? “ Erm... Yep. I don’t think he’s going to mind.” “ Bukan ke kau busy handle wedding kau?” “ Lambat lagi lah. Lagipun everything kind of settle. Kad dah tempah. Baju pun dah tempah. Hantaran my parents handle.Katering pun dah. So aku relax jela sekarang.” “ 6 bulan tu tak lama la weh. Sekejap je. “ Syira senyum gatal. Rolled my eyes. Memang aku nak kahwin enam bulan lagi. To a sweet guy named Firdaus. He’s a cardiothoracic surgeon. Memang dia tua 8 tahun daripada aku, but he doesn’t look old. Aku jumpa dia masa study medic kat UniS. Masa tu dia belum jadi pakar, and dia banyak tolong aku. Maybe that’s why I had fallen for him. “ Kau jadi pergi eh. Kau dah janji dengan aku.” Statement Syira berbaur ugutan. Aku angguk je. “ Take care of yourself and your baby. Kalau sakit ke apa-apa call aku okay?” Syira angguk and keluar dari bilik lepas we hugged and kissed each other. Syira’s kinda pitiful. Amin selalu outstation and kerap tinggalkan Syira sorang-sorang. But he’s one of a very kind guy. Dia ambil berat pasal Syira a lot and he tried to be with her sekerap mungkin, especially lepas Syira preggy anak sulung ni. Bleep. Message masuk. ‘ Jom lunch.’ Message from Daus. Dah tengah hari rupanya. ‘ Jumpa kat kafe teruslah.’ Aku bagitau dekat akak nurse yang aku nak pergi lunch then terus pergi kafe. Masuk kafe nampak Daus dah melantak sorang-sorang. Go and sit in front of him. “ Masa you text I tadi tu you dah ada kat kafe la eh?” Daus senyum. “ Sorry. I lapar sangat.” Suap nasik lagi. “ You tak nak makan?” Aku angguk, but still tak berganjak. Mata tengok baju kemeja biru dia. “ You belum balik rumah lagi la ni?” Daus angguk. “ Operation habis pagi tadi. Tu yg I terus datang makan dulu.Sorry.” Aku geleng dan senyum. “ It’s okay.” “ Tak nak makan ke?” Aku diam sambil menjenguk ke arah tempat tray makanan. “ I tak rasa lapar lagi pun.” Daus tengok aku. “ Lahh, temankanlah I makan.” “ You dah makan separuh pinggan dah.” “ Tak pe. I makan slow-slow. You pegilah ambil nasik dulu.” Lepas ambil nasi and sambal ikan, aku duduk balik depan dia. A small chat about what happened around the hospital. And. “ Syira datang buat ultrasound tadi.” Muka Daus blur pandang aku. “ She told me about that reunion thingy.” “ Yang you cerita kat I dulu?” Aku angguk. “ Mulanya I tak nak pergi...” “ You pergi la ni maksudnya?” Daus tanya. “ Kesian kat Syira. She persuaded me. So I cakap I pergi la.” “ Kat mana tu?” “ Plannya dekat Langkawi. But dia cakap tak confirm lagi.” Daus angguk. “ It’s okayla yang. You pergi jela. Lagipun you dah lama tak bercuti kan.” “ You tak kisah la ni?” Daus gelak. “ I okay je.” Aku diam. “ Hmmm... I kalau boleh tak nak pergi.” “ Tadi you cakap you kesian kat Syira. Ni cakap tak nak pergi pulak.” Fikiran melayang. Tiba-tiba rasa macam Daus tengah bercakap dengan aku. “ Apa?” Daus senyum. “ I tanya, kenapa you tak nak pergi?” Aku diam. Mata ke kiri dan kanan. “ Tak de. Cuma...” Otak bekerja keras mencari alasan. “ Yela. Dah 10 tahun tak jumpa kot. Seganlah.” Daus ketawa lagi. “ Dah 10 tahun tak jumpa la korang kena hang out together again. Best apa.” Diam. Best? We’ll see.

No comments:

Post a Comment