Pages

Tuesday, April 24, 2012

CINTA ITU DUSTA 2

“Baru jumpa jalan balik rumah?”tegas suara Fariz.Jam dinding direnungnya.Sudah pukul 2.30 pagi.Matanya juga agak sukar untuk dibuka.Namun,demi isterinya,digagahkan juga. “Apa kena awak ni?Saya baru balik ni,penat tau tak?Bukannya nak sambut,membebel pulak”keluh Julia sedikit meninggi. “Oh!Awak nak saya sambut awak la ni?Boleh!Sayang,sayang dari mana ni sayang?Penat?Nak sayang urutkan?Macam tu ke awak nak?Hah?!Layak ke?” “Saya tak minta macam tu la!” “Habis?!” “Apa maksud awak ‘layak ke?’”soal Julia sinis. “Pergi tanpa khabar berita!Tiba-tiba balik!Layak saya sambut awak?” “Awak ni kenapa?Dah dekat dua tahun kita kahwin,tak faham-faham lagi ke kerja saya?Saya sibuk dengan butik la!” “Awak tak ada pun kat butik”Fariz mula bersuara.Julia mengeluh. “Memang la!”Julia protes. “Okey,okey.Awak berbincang pasal butik awak,butik antarabangsa dan benda-benda lain yang langsung saya tak faham dengan datin-datin,puan-puan sri tu kan?”Fariz bersuara,agak mengejek. “Ha!Tahu pun!”Julia mula berang. “Tapi kan..Saya cari awak dekat hotel tak ada pun”Fariz bersuara lembut tetapi sinis.Hatinya meragui cinta isterinya itu.Penat dia mencari buah hatinya itu. “Kami buat dekat hotel lain.Sekali-sekala tukar tempat pulak.Kalau menghadap tempat yang sama,bosan! “Oh!Kenapa tak beritahu saya?” “Ingat awak tahu”Julia selamba. “Oh!Awak ingat saya tahu.Tapi kan awak,macam mana saya nak tahu awak buat kat tempat lain kalau awak tak beritahu saya tempat itu.Call tidak,text tidak.Tinggal note pun tak.Macam mana la saya nak tahu?”sinis suara dan senyuman Fariz.Julia tersentak.Dia kehilangan kata-kata.Lontaran kata tanpa berfikir terlebih dahulu telah memerangkap dirinya.Julia membisu.Mukanya pucat.Diikutkan hati,mulut Fariz sudah ditumbuknya. “Sengaja saya tak beritahu awak.Saya tak nak awak risau.Tempat tu jauh,terpencil sikit.”Julia mula sebak.Matanya berkaca.Fariz tergamam. “Jue,jangan nangis.Saya betul-betul minta maaf Jue.Saya tak sangka awak” “Tak apa Riz.Saya tak marah,tak kisah pun.Saya tahu salah saya.Kalau saya jadi awak pun saya marah”Julia sudah teresak.Lantas Fariz menarik Julia ke dakapannya.Lama mereka berkeadaan begitu.Penyesalan menghimpit perasaan Fariz. “Jue,maafkan saya”Fariz sekadar berbisik. “Awak tak salah”Jue meleraikan pelukan lalu melangkah ke tingkat atas.Fariz mengeluh kecil.Terasa dirinya bodoh kerana bersalah sangka dengan Julia.Tidak sangka hati Julia begitu sensitif. Fariz menghirup kopi sambil membaca surat khabar.Nasi lemak yang dipesan langsung tidak dijamahnya.Tiada selera. “Assalamualaikum Riz”sapa Balqis. “Eh,Qis.Waalaikummussalam.Duduklah”jemput Fariz. “Thanks”Balqis mengukir senyum.Fariz hanya memerhati Balqis.Balqis hanya besederhana dalam berfesyen.Slack hitam,blaus biru muda dilengkapi dengan tudung biru sedondon warna blausnya dan sekadar mekap nipis sudah menyerlahkan kejelitaan.Balqis lebih cantik bertudung.Semenjak berkahwin,itulah personalitinya.Berbeza dengan Julia,masih dirinya,langsung tidak berubah.Fariz mengeluh perlahan. “Hussein dah balik.Tapi Qis belum beritahu dia yang Riz nak jumpa.Dia balik lewat semalam.Tak sempat nak bagitau” “Oh tak apa la Qis.Nanti I call dia.Dia sampai rumah pukul berapa semalam?”soal Fariz lalu menghirup kopinya.Surat khabar sudah lama diletakkan di tepi. “Dalam pukul 2.30 pagi”ujar Balqis,tersenyum tawar. ‘2.30 pagi??????’Fariz tersentak.Bibirnya cuba mengukir senyum namun mindanya mula menyangkal sesuatu. ‘Ah..Tak mungkin’Fariz berbisik,cuba menenangkan diri.
Fariz sedang menghadap komputer ribanya.Banyak perkara harus diselesaikan.Fikirannya berceramuk.Dia perlukan ketenangan.Rasa bersalah menguasai diri.Dia terus meminta diri untuk ke pejabat,meninggalkan Balqis sendiri.Bagai terhenti degup jantungnya setelah mendengar jawapan Balqis tadi. “Kisah lama.Tak mungkin berulang”Fariz terus menenangkan diri.Kisah cinta itu terus bermain di mindanya. “Kau cakap je la kau suka dekat dia.Habis cerita”Fariz bersuara,sedikit keras.Hussein meraup wajahnya. “Aku takut kena reject beb!”ujar Hussein risau. “Mana kau nak?Tengok dia dengan mamat lain atau kena reject?” “Dua-dua aku tak nak” “Ish kau ni.Susah betul la.Cuba kau fikir,kalau dia dengan mamat,susah dah kau nak tackle.Kalau kau kena reject pun,at least dia tau yang kau suka dia.Mana la tau dia pun suka kau,tapi dia tunggu kau confess dulu.Fikir la beb!” “Tolong aku?” “Tolong apa?Tolong beritahu dia?”soal Fariz. “Yup!Boleh tak?” “Jangan kata apa kalau dia sangkut dengan aku nanti” “Kau ni!” “Sein!Jadi jantan la!Yang kau penakut sangat ni kenapa?Setakat perempuan seorang tu pun kau nak mintak tolong aku!Apa benda kau ni?” “Fine!Aku akan beritahu dia.Tapi bukan sekarang” “So?” “One day”Hussein terus berlalu meninggalkan Fariz setelah dua perkataan itu dilontarkan.Fariz menggeleng.Bingung.Kakinya turut melangkah meninggalkan kantin.Jam tangan direnung.Lima minit lagi loceng tanda rehat berakhir akan berbunyi. “Qis..” “Eh,Riz.Ada apa?” “Tak ada apa-apa.Nak ke mana ni?” “Nak ke kelas.Dari library tadi”Balqis mengukir senyum. “Oh.Tomorrow lower form ada test kan?”soal Fariz.Balqis sekadar mengangguk. “Subjek apa esok?” “Geografi dan Matematik” “Good luck”ucap Fariz.Balqis mengangguk. “Upper form next week kan?”giliran Balqis menyoal.Fariz mengangguk laju. “Good luck jugak.Qis pergi dulu ye”Balqis meminta diri.Fariz mengangguk.Julia sedang menanti Balqis tidak jauh dari situ.Fariz sekadar melambai.Julia tersenyum. “Hebatlah kau.Boleh borak-borak dengan si Fariz tu.Jealousnya aku” “Jealous apanya?Bukan cakap apa pun.Tegur-menegur amalan mulia”Balqis sengih. “I’m still jealous.You should have known I am crazy of him” “Jue,why don’t you just tell him” “Qis,I’m a girl okay!I’m not the one who should start it.I want him to confess” “Just wait” “Ya..I’m waiting Qis”Julia mengukir senyuman menggoda. “Waiting for our test,tomorrow” “Stop saying that Qis.I’m trying not think about the test now,please?” “Okay.Keep thinking about Fariz” “I’m doing it”Julia ketawa kecil.Balqis hanya menggeleng.Namun,jauh di sudut hatinya,dia cukup cemburu dengan Julia.Julia pintar dalam akademik.Aktif dalam kokurikulum.Dia bukanlah seorang ulat buku.Balqis sendiri tidak tahu bagaimana cara Julia belajar.Buku memang tidak pernah ditangannya tetapi keputusannya sentiasa cemerlang.

No comments:

Post a Comment