Pages

Tuesday, April 24, 2012

HUJAN PETANG 5 & 6

                                                                  #5 feeling

 Life dekat Kolej M tak adalah sesibuk atau torturing macam orang cakap. Some people said siapa yang masuk Kolej M ni student yang nak ‘ bunuh diri’. Salah sorang yang berfikiran macam tu is one of my FB friend. ‘ Kenapa?’ aku tanya dia masa chatting dekat FB. ‘ Yela, you masuk Kolej M tu you kena fight habis-habisan. Study je 24/7. Kalau nak ambik course yang you nak, you at least kena dapat CGPA 3.50 and above. Kalau below than 3 you dapat course lelong je nanti. Tapi, lupa pulak dengan siapa I chat sekarang. You kan student straight A’s.’ Rolled my eyes. ‘ Mana you tahu ni?’ ‘ I tahulah. I selalu stalk you.’ Aku mencebik. ‘ Not the results. Pasal Kolej M.’ ‘ Oh...Kawan I berlambak kat Kolej M. Semua nak jadi doktor, pharmacist, engineer bagai. Last-last ambik course yang I sendiri tak tahu apa. Masuk kolej M ibarat you nak bunuh diri sendiri.’ ‘ Habis, sebab tu you tak belajar sekarang?’ Dia terus offline. Sentap kot. Kadang-kadang orang pandai bagi pendapat. Tapi aku rasa pendapat berdasarkan pengalaman is a lot more reliable daripada pendapat berdasarkan cakap-cakap orang. Kalau Kolej M tu ibarat suicidal, sah tak adanya student berani masuk situ. But each and every year ada thousands of students yang mendaftar. And for me masuk Kolej M is a wise choice. “ Rasa menyesal pulak masuk kolej ni,” Satu hari Syakir datang dengan muka monyok and hempas buku atas meja library. Ramai student yang tengah study kalih tengok kami. “ Kenapa pulak?”aku yang tengah study Bio tanya. Dia duduk menghadap aku. Terus bukak buku tutorial Math. “ Soalan ni. Serius tak tahu buat. Saya try buat soalan number 2. Sama je. Tensi ah,” Aku senyum je bila tengok Syakir duduk tersandar buat muka toya. “ Meh nak tengok,” Aku volunteer. Syakir tunjukkan kat aku soalan mana. Aku buat jalan kerja atas satu paper kosong and bagi kat dia. Terus dia senyum, nampak lesung pipit dia tu. “ Wah, cekangnya,” Dahi aku berkerut.” Cekang?” Dia ketawa perlahan. “ Roomate saya selalu kata perkataan tu. Maksud dia terror la.” Dia belek lagi kertas tu. “ Thanks.” “ No biggie. “ Aku senyum sambil sempat usha dia. Sepanjang 4 bulan aku di Kolej M banyak benda yang aku tahu pasal Syakir. Dia suka masuk kelas tutor Kimia sebab lecturer lawa. Dia suka makan nasi letak kicap banyak-banyak. Dia suka marah kalau tension. Dia cepat blushing bila dia cakap pasal aku. And his dimples. The part I like most. Sampai satu tahap yang aku sendiri blushing bila jumpa dia. And jantung aku. Beat faster. “ Reni, jom pergi jalan-jalan nak?” “ Jalan-jalan mana?” Aku tanya balik masa dia call petang tu. “ Around Kolej je. “ And kami pergi jalan-jalan je. Bukan sembang apa pun. “ Eh, kau dengan budak fizik tu ada apa-apa ke?” Satu hari Nadia, budak praktikum aku tanya. “ Kawan je. Kenapa?” “ Budak tu famous kot. Roomie aku minat dia.” Wah. Tak sangka aku Syakir ada peminat. Yela, orang handsome. ‘ Tak adalah awak. Mana ada peminat.’ Tula respons dia bila ada satu hari tu aku text dia and bagitau dia ada peminat. Aku tak berani bagitau terang-terang. Takut dia nampak perubahan kat wajah aku. But one day, masa aku tengah tunggu dia kat depan library, aku nampak dia jalan dengan seorang budak perempuan ni. They talked and smiled and laughed. Ada satu feeling dalam hati aku yang aku tak boleh nak explain. Mixed feelings become one new feeling. “ Hai, Reni.” Aku senyum tawar. “ Sapa tu?” aku tanya dia. “ Budak praktikum.” Selamba. “ Kenapa? Jealous eh?” Aku mencebik. Dia ketawa. Do you have to ask something you already knew?

 #6 confession of love

 Action speaks louder than words. But what if kita tak faham apa yang dia cuba buat? That’s what happened antara aku dengan Syakir. Sometimes breakfast together. Jalan pergi dan balik kelas sama-sama walaupun kami berlainan DK. Study kat library sama-sama. And pernah keluar outing sama-sama. “ Awak ke mana?” Aku tanya dia. “ Hah? Apa?” Dia macam gelabah. “ Tak. Awak pergi mana? Saya keluar dari toilet awak tak ada pun,” Aku tanya dalam nada biasa. “ Tak delah. Pergi usha barang kat kedai tu kejap,” Dia tunjuk satu kedai ala-ala Body Gloves or B.U.M Equipment. Lebih kurang. Aku tak tanya lagi dah lepas tu. “ Awak, nah.” He handed something bila sampai pintu pagar Kolej M. “ Apa ni?” Aku sambut plastik warna merah berisi something soft. Dia blushing. Tunduk. Exposed his dimples. Just like always. “ Just a simple present. Hope you like it.” Aku senyum walaupun still rasa pelik dengan tindakan dia ni. “ Thanks.” Dia senyum balik sambil garu kepala dia. “ What did he gave you?” Dalia called sebaik sahaja aku sampai bilik. Roomies aku semua tak ada. Outing jugak kot. “ Bra?” “ Har har har,” Aku pura-pura gelak. Aku masukkan tangan aku and keluarkan hadiah Syakir. Aku melopong. “ Hei, Reni. Aku call kau bukan nak dengar kau senyap okay.” “ It’s a shawl.” “ Apa dia?” Dalia tanya kuat. “ Syakir’s present. A shawl.” Aku tengok shawl tu. Cantik. Pattern dia simple and colour dia lembut. “ Oookkay...” Dalia sebut panjang-panjang. “ It’s a shawl. Not a ring.” “ Hei, Dalia. Kau pernah bagi aku shawl ke yang kau cakap macam tu?” Aku provoke dia. Dalia ketawa. “ Okay, darl. So how is it?” “ Cantik. Pandai dia pilih.” Aku senyum sorang-sorang. “ Bukan shawl. The relationship. You and Syakir.” “ Erm, fine?” “ Hei, you guys dah declare ke?” Dahi berkerut. “ Declare apa pulak?” “ Dah kau cakap fine. Kiranya you guys dah couple la?” Aku diam. Mengeluh. “ Declare ke benda? Confess pun belum.” “ What??? Kau cakap kau selalu jalan dengan dia, study dengan dia bagai. Then what are you guys? “ “ Err...” “ Jangan cakap teman tapi mesra. Seriously I hate that term. There’s no such thing as teman tapi mesra. And...” “ I know. Teman tapi mesra is just an escape towards ‘ I like you but I don’t want to be with you’ kan?” Aku dah boleh hafal term Dalia. “ Reni?” “ Hmm..” Aku tak tahu apa lagi nak cakap. “ You like him don’t you?” Aku tersenyum tawar. “ Nak mengaku memanglah senang.” “ Then cakaplah kat dia.” Dalia cakap mudah. “ Macam mana nak cakap? Pergi jumpa dia terus cakap ‘ I like you’?” Aku balas balik. Impossible. “Taklah. Kau tulis surat cinta kat dia and sign it with your name. Lepas tu kau pass kat dia through his bestie. And the next thing you know the whole college knew that you like him.” Aku sengih. “ Is that what happened to you?” “ We’re talking about you. Don’t change the subject.” Aku tergelak,but seruis balik.“ Tak nak ah.” “ Kenapa???” Dalia tanya macam benda ni berat sangat. Diam lagi. “ Takut kena reject eh?” Mulut Dalia memang tak ada insurans. But aku dah biasa. Benda yang dia cakap betul. “ Okay, darl. Just tell him. At least kau tau jugak perasaan dia kat kau macam mana. Better daripada kau perasan sorang-sorang kan?” Aku ketuk speaker phone. Dalia ketawa. “ Nak ketuk aku lah tu.” Malam tu tak ada message from Syakir, just a few messages from my group. Aku pun tak text Syakir. Tak bagi komen apa pasal shawl tu. Still thinking about apa yang aku and Dalia cakapkan petang tadi. Sampailah esok pagi. Kuliah. Urghhh... Aku tak cukup tidur semalam. Still thinking about him and what Dalia said. Teruk betul. Kalau fikir pasal tutorial Kimia yang aku tak boleh jawab tu lain jugak. Aku jalan sorang-sorang hari ni. Jalan pun lengang lagi. “ Reni!” Dayum. Aku dengar footsteps semakin dekat. Tak mampu nak mengelak. “ Hai.” Aku cuba senyum seikhlas mungkin. “ Kenapa tak tunggu saya?” Aku tengok jam. “ It’s 7.15. Saya ingat awak tak nak pergi lagi sebab awal lagi.” Dia nampak serius. “ And you don’t text me last night.” “ Kredit habis.” “ Awak pakai postpaid kan?” Caught. Aku mengeluh. “ The shawl. Cantik. Thanks.” Dia senyum tawar. “Exactly...” Serentak. Dia suruh aku cakap dulu. Aku rasa aku tak mampu nak tahan lagi. “ The truth is that...” Ada student lintas sebelah. “ I like the colour of that shawl. Boleh pakai raya.” Mata dia berkelip sekali. Bebola mata bergerak-gerak. And what I said just now???????????????????? “ Nak pergi kelas. Bye.” Aku terus berlari. He didn’t call my name. Aku rasa dia pelik tengok aku berperangai pelik. Dan memalukan. Kat DK tak ada orang. Aku mumbling sorang-sorang. Bleep. Message from Syakir. ‘ I think you wanted to tell me some other thing than the shawl. Waiting for you to tell me. ’ Aku tension tengok message dia. Aku tarik nafas and terus reply. ‘ I just wanna say I like you.’ Tak tunggu lama, aku off handphone.

No comments:

Post a Comment