Pages

Tuesday, April 24, 2012

HUJAN PETANG 10

                                                                 #10 surprise

 Disember. Raining season. Hampir setiap petang hujan. Kadang-kadang sampai ke pagi. Mungkin hujan ni ada kaitan dengan perasaan aku sekarang? Dalia texted aku setiap hari dalam minggu tu. Ayat dia sama. ‘ Korang dah break up?’ Aku rasa dia cuma forward je message tu. Malas nak reply. Lima hari tak ada berita from Syakir. Dalam lima hari tu jugak aku tak dapat tidur lena. Hari Isnin tu jugak aku telefon Mama. “ Ma, Reni nak balik weekend ni.” Mama terkejut kenapa aku nak balik. Aku tak cakap reason sebenar. Cinta punya fasal. Sanggup simpan rahsia daripada pengetahuan parents sendiri. Pagi Sabtu aku balik. Dengan flight. Tried to be as happy as possible bila jumpa family. Sedangkan dalam hati hanya tuhan yang tahu. “ Dia kat ward berapa Afiq?” Aku telefon sebaik sahaja aku sampai rumah. “ Err... Kau nak pergi melawat dia ke Reni?” Afiq tanya macam terkejut. Pelik. “Yela. Kenapa?” Afiq bagitau ward berapa. Aku tak tahu kenapa dia macam gelabah. Aku tak sempat tanya lebih-lebih talian dah terputus. Sebelum pergi aku call Dalia. Ingat nak ajak jumpa. Fortunately dia kat rumah. “ Amboi Mak Kiah. Sibuk jual belacan ke sampai tak sempat nak text aku?” Aku tergelak. Macam tak kenal Dalia. “ I’m so sorry. Jumpa kejap lagi nak?” “ Erm, boleh. Tapi kau kena datang ambik aku la. Tak ada transport neh.” Sampai rumah Dalia lepak kejap dekat rumah dia. Aku cerita apa yang berlaku kat Syakir. “ So, kau nak ajak aku pergi melawat dia?” Dalia tanya. Aku mengangguk. “ Temankan jela.” “ Balik nanti aku nak Chicken McDeluxe. Okay?” Aku mencebik. Petang tu pergi hospital. Disebabkan ada Dalia aku tak ada rasa segan. Aku tak tahu nak bawak apa. Last-last Dalia cadangkan beli bubur ayam sedap kat satu restoran dekat dengan hospital. “ Kejap lagi aku dapat tengok drama Melayu live la kan?” Aku jeling Dalia. Bab perli memerli ni serah je kat dia. Sampai depan bilik Syakir aku terus bukak sliding door. Tak sabar tengok dia. Keadaan dia. Kecederaan dia. Dan buka je pintu nampak dia tengah peluk sorang perempuan. Nope. They’re kissing. “ Oh My God.” Dalia aku tengok dah buka mulut seluas-luasnya macam badak tengah berendam. Aku tercegat depan pintu. Terkejut. Rasa macam hati aku pecah. Sakit gila rasanya. Budak perempuan tu aku kenal. It’s the same girl who date Syakir. Perempuan tu terus bangun. Mata Syakir dah terbeliak. Perempuan tu terus lari keluar, tolak aku ke tepi. “ Dalia.” Aku bersuara perlahan. “ I’ll live you guys here okay?” Dalia terus keluar. Perlahan-lahan aku jalan ke arah Syakir yang duduk bersandar atas katil. Kaki kiri dia patah. Tangan dia sebelah kanan berbalut. Muka dia lebam-lebam. Tak kira calar lagi. Sepatutnya aku dah menangis time ni. But kesakitan yang dia alami tak sama dengan kesakitan yang aku rasa sekarang. Tak ada iodine yang boleh sapu. Tak ada kain yang boleh bandage. Aku duduk di kerusi yang perempuan tadi duduk. Terasa panas. “ I can explain.” Syakir buka mulut dulu. Muka dia pucat. Sama ada sebab dia tengah sakit or sebab dia terkejut tengok aku datang. Aku diam. Tunduk. “ I still love you Reni. Percayalah. What happened just now was an accident. Tak sengaja.” He tried to reach my hand. Aku tepis. “ You haven’t text me or call me for seven days! I’ve been texting you but semua pending. Hari Ahad saya dapat tahu awak masuk hospital. Yet you didn’t inform me. Dapat tahu daripada orang lain. Lima malam saya tak dapat tidur sebab ingatkan apa yang jadi kat awak. And now what you’ve gave me? TAIK?” Dia tunduk bila aku marah. “ Orang cakap awak ada girlfriend baru,sumpah saya tak percaya. Orang nampak awak dating,saya tak percaya jugak. Bila saya tanya siapa perempuan tu ,awak cakap tu budak kuliah, saya percaya jugak. Why? Because you are my boyfriend, mangkuk! My first ever boyfriend! You’re so kind to me, and suddenly you’ve changed just like that?” Aku petik jari aku. I yelled at him. “ Why do this to me?” Aku tanya dalam suara yang sangat perlahan. Air mata jatuh. “ Because you never gave me what I want.” Syakir jawab perlahan. Dia tak berani tengok muka aku. “ What?” Aku tanya balik. Suara aku pecah. “ BECAUSE YOU NEVER GAVE ME WHAT I WANT!” He yelled back. Muka dia berkerut tahan sakit. “ Yes. Saya bosan couple dengan awak. I always want more. I want more than walking around college with you. More than texting and calling you. More than studying with you at the library.” Muka Syakir nampak bengang. Naik urat dekat tengkuk dia. “ Ingat lagi time kita nampak couple tengah asmaradana kat library hari tu? That’s what I want. But bila awak cakap macam tu, baru saya tahu. You’ll never do that for me kan?” “ Ya ALLAH.” Mata aku rasa pedih . Filled with tears. “ I’m a man Reni. That’s why orang couple. They want to do it.” “ Awak ingat couple is for sex?” Aku marah lagi. This time I felt so angry. Aku rasa tak ada gunanya nak bazirkan air mata untuk lelaki tak guna macam dia. “ That’s what she gave me. And you don’t.” Istighfar. “ You... you slept with her?” I looked at his face. Aku tahu apa yang dia fikir. Dia rasa maruah perempuan tu percuma. Boleh dibeli dengan rupa handsome dia. How I felt that this guy should have never live in this world. But suddenly dia mengeluh. “ That’s why I’m here. Bapak dia jumpa kami malam tu. Sebab tulah saya berbalut ni. ” He deserved to be belasah by her dad. But dia tak menyesal lagi? Boleh pulak berom*n kat hospital? “ Kami nak kawin minggu ni.” Dia tunduk. “ But Reni. Trust me. I love you so much. More than I love her.” Aku diam je. Kahwin berlandaskan nafsu? Sunyi. Aku bangun. Tak nak dengar lagi apa yang dia cakap. Jalan sampai ke pintu. “ Reni!” Dia panggil. Aku patah balik. “ Owh ya.” Aku kesat air mata. “Selamat pengantin baru.” Aku tumbuk tangan dia yang berbalut tu. Dia menjerit tanpa suara. Mata dia berair. Bila aku keluar dari pintu, aku dengar dia melaung kuat. Cursing. Next time,don’t mess with my heart.

No comments:

Post a Comment