Pages

Monday, April 23, 2012

PERTEMUAN KEDUA PART 4





Iqbal.  
  Lelaki berbadan gempal yang mencuri hati aku enam tahun dulu. “ Ana. Aku bersyukur ada kau.” Dan dia tersenyum, menampakkan lesung pipit kiri dan kanan yang dalam tu. Titik permulaan. How I met him? “ Keputusan exam Iqbal ni…” Aku pandang wajah Encik Zaid. Dahi Encik Zaid berkerut. “ Encik nak saya bagi tunjuk ajar dekat dia?” Encik Zaid tersenyum. “ Anggaplah macam awak bagi tunjuk ajar dekat kawan awak.” “ Tapi…” Iqbal tu pemalas. Nak je cakap, tapi aku diamkan je. “ Tak pe. Kalau Ana ada masalah, Ana cakap dengan saya. Tapi buat masa sekarang, Ana ajarlah mana yang dia tak paham. Boleh?” Serius stress. Kenapa dalam ramai-ramai aku yang diberi tugas mengajar budak gempal tu? Texting Iqbal. ‘ Datang library pukul 9 malam ni.’ Aku yakin Encik Zaid dah bagitau dia pasal aku. Message itu tak di reply. Aku jadi bengkek. “ Kau kena mengajar Iqbal?” tanya Syira. Aku angguk. “ Dia tu pemalas tau masalah dia.” Aku membebel. “ Mana kau tahu dia pemalas?” Aku pandang Syira pelik. “ Datang kelas lambat bukan main, alasan dia bagi, bangun lambat. Padanla kena marah dengan En Farhad hari tu sebab datang lewat.” Syira diamkan je. Dan tepat pukul 9 aku dah ada kat library. Tak yakin pun dia akan datang. Mujur aku memang selalu study kat situ. 9.05. 9.10. 9.15. 9.24. “ Maaf. Aku tunggu kau kat tingkat atas tadi.” Aku pandang dia. Mengah dia macam baru sampai je. “Hmm… Duduklah.” Acuh tak acuh. Dia duduk di depan aku. “ Thanks sebab sudi ajarkan aku.” Aku diam. Senyum. Paksa senyum. “ Ana. Aku bersyukur ada kau.” “Ana!” Siapa yang menjerit tu? Owh. Farah. “ Dah hangit ayam tu!” Aku cepat-cepat alihkan ayam dari bara api. Farah menolong. Dalam diam aku menjeling ke arah mereka yang berada di sekeliling unggun api. Dia memandang ke sini. Shoot! “ Tukang barbeque tak habis-habis lagi ke? Datangla join kitorang dulu.” Laungan Syazwan membuatkan aku tersentap. Perlahan-lahan aku mengekori Farah dan menuju ke kelompok kecil itu. Duduk sebelah Syira. Berhadapan dengan Iqbal. Aku tengok dia. But dia berbual rancak dengan mereka yang lain. Kenapa aku tak perasan tadi? Pakai sunglasses. Aku ingat artis dah tadi. “ So, sekarang Puan Syira?” Syira tergelak. “ Okay. Okay. Dah lama kan kita tak sembang-sembang. Ada yang tak jumpa dah lama kan? So apa kata korang cerita apa yang dah jadi kat korang dalam 10 tahun ni.” “ Farah!” “ Aku rasa macam ice breaking pulak!” Farah said nervously. Farah cerita a bit about her life. She’s single. At least I thought she is single. Not until when Syazwan said he saw her holding hands with a boy. “ Tu anak buah aku la.” Kami semua mengangguk-angguk. Syira genggam tangan aku. Ada makna tu. “ Ana.” Aku pandang Syazwan. “ Kau nak kahwin dah eh?” Aku senyum. Teringatkan Daus. Seraya menjeling Iqbal sekilas. Dia pandang aku. “ Insha ALLAH. Nanti aku hantar kad jemputan kat korang.” Suasana jadi riuh dengan plan mahu ke rumah aku kenduri nanti. Dipenuhi gelak tawa. Usik mengusik. Sampai merah pipi aku. Segan. “ Ni. Jangan lupa pasal star kita, Iqbal. Apa cer ni weh? Dah makin handsome aku tengok?” Mas bertanya. Iqbal senyum. “ Aku okay je.” “ Kau kerja apa sekarang?” “ Aku lecturer kat UniM.” Suaranya menggetarkan hati aku. Macam dulu. Dan semua orang bertanyakan soalan kepada Iqbal. Ternyata dia star malam ni. Aku sekadar mendengar, yang membuatkan aku teringat sesuatu. Maka aku keluarkan satu soalan. “ How’s your wife?” Serentak, semua terdiam. Dia pandang aku dengan pandangan terkejut. “ Weh, jom ar makan…” “ Mesti dah ramai anak kan?” Aku bertanya lagi. Memotong cakap Syira. Semua diam. Dia pulak cuma pandang. Dua minit kami begitu dan aku masih belum mendapat jawapan. Syazwan berdehem. “ Oi, makanan dah sejuk tu. Jom makan. Jom.” Syazwan seraya bangun. Yang lain-lain menyampuk, cuma percakapan masing-masing berterabur. Beramai-ramai menuju ke tempat barbeque.  Iqbal pun bangun, ditarik Syazwan ke tempat bakar. Leaving me and Syira. “ Diorang ni kenapa? Aku tanya buat dek je.” Aku membebel. “ Shhh!” Syira memandang aku tajam. “ Kau tunggu sampai kita balik nanti boleh?” “ Kenapa pulak?” Syira menggeleng-geleng. Iqbal malam itu memang pendiam. Yang lain-lain berbual lagi. Aku pandang dia lama. Mahukan jawapan. Syira menyigung aku sekali sekala. Mungkin perasan aku tengok Iqbal lama. Aku cuma menuntut jawapan. Dan sampai ke sudah dia tak bagi jawapan. Nor the people who attended mention about this matter. Iqbal siap pulang awal ke bilik. “ Ana?” Syira bersuara sebaik sahaja kami sampai di bilik malam tu. “ Iqbal tu malam ni diam je aku tengok. Aku tanya pun tak jawab. Kenapa?” Sebab aku ni ex dia? Grow up please. “ Ana.” Syira menggunakan nada persis seorang ibu yang bercakap dengan anaknya. Aku pandang muka Syira. “ Aku serius tak puas hati kenapa dia tak jawab soalan aku sampai ke sudah. Bukan aku tanya soalan apa pun…” “ Ana!” Syira tinggikan suara sedikit.” Bini dia dah meninggal.” “ He even admitted into wad psikiatri before.” Terduduk.

No comments:

Post a Comment