“ Ana.”Aku mesti dah menguap lagi. Tampar-tampar pipi sikit.“ Sorry. Sorry.”
Aku lap hujung mata yang berair dengan tisu.
“ Kau mesti letih kan. Balik keje terus datang sini.” Ada nada bersalah dalam suara Syira.Aku cepat-cepat geleng. “ I’m fine. Serious.”“ So, Syira bagitau kitorang kau dah nak kahwin.” Farah excited bertanya. Aku senyum.Belum sempat aku buka mulut, Syira dah potong cakap aku.“ Beb, korang tunggu la sampai malam ni boleh tak? Penat aku plan game untuk malam ni.”“ Kau plan truth or dare ke?” Yana muka terkejut.“ Syira, we left college dah 10 tahun la. Kau dah nak jadi mak orang pun. Truth or dare apanya ni?”Syira geleng-geleng. Kami semua protes.“ Takde. Takde. Korang kena join gak. Truth or dare mana ada limit umur okay.” Eh, berapa orang je yang join barbeque malam ni?”Syira berkira-kira pakai jari. “ Perempuan semua dah ada.”“ Kita enam orang je? Yang lain?” Tanya Mas.“ Well, ada yang tak respon. Ika kat oversea sekarang. Pursuing master. Ada yang busy sangat. So, yep, kita 10 orang je.”“ Oo.. Yang lelaki siapa yang ada?”I finch.“ Syazwan. And Iqbal.”Sentap mendengar nama terakhir tu.“ Serius tak sabar nak jumpa diorang.” Mas bersuara. Yang lain turut excited.Aku termenung sendiri.“ Ana, saya tak dapat buat apa-apa. Saya minta maaf.”Dia muncul lagi dalam benak aku.“ Saya faham kalau Ana tak dapat datang...”“ Ana, saya cintakan Ana.”“ Ana.”Dan wajah serta ekspresi lelaki itu muncul bertindan-tindan.Suaranya juga semakin kuat.“ Ana. Ana.”Aku terjaga lagi. Jantung berdegub laju.Wajah Syira terpampang di depan aku.“ Aku kan dah cakap jangan tidur time Maghrib.”Aku terdiam. Jadi bodoh sebentar.Perlahan-lahan duduk di atas katil. Tengok jam di tangan. Pukul 7.20.Syira duduk di atas katil. Masih bertelekung. Mengalunkan ayat suci al-Quran.Yang lain pasti di bilik mereka.Sepuluh minit aku masih termenung di katil.“ Ana, kau pergilah mandi. Pukul 8 karang kita turun eh. Yang laki lain semua dah sampai.”Aku pandang Syira. “ Semua?” Memohon kepastian.“ A’ah. Syazwan and Iqbal la.”Nama terakhir itu. Menusuk jantung aku.Terasa sakit.Pap!“ Pegi mandilah!”Kan dah kena baling bantal. Aku ketawa.Pukul 8, aku dan Syira turun ke lobi. The girls, I mean the ladies dah berkumpul ramai-ramai kat bawah. Chit chatting again.Suddenly rasa muda 10 tahun.“ Tu dia doktor kita.” Aku tersengih bila Syazwan tegur aku macam tu. Dia memang suka mengusik aku dari dulu lagi. He doesn’t change much. Accept that dia dah botak.Lelaki sensitive kalau bab botak ni. So aku diam kan je.Sambil bersembang dengan yang lain, aku perasan yang dia tak ada.Lelaki itu.Aku geleng-geleng. Dah enam tahun Ana. Enam tahun.“ Eh, kau cakap Iqbal datang?”Aku pandang muka Yana, kemudian Syazwan.“ Ada. Tapi dia ada hal apa tah. So dia cakap kita start dengan barbeque dulu. Jap gi dia join.”Jantung ini berdegub hebat.Sudahlah Ana!Aku tolong Mas dan Farah setup barang barbeque. Syazwan dah berpeluh-peluh sediakan bara.Aku dengar Syira dah bising-bising tanya mana Iqbal.Cik Joyah pulak Syira bila preggie ni.Tengah riuh rendah dengan gossip dan gelak tawa.“ Assalamualaikum. Maaf lambat.”Kami semua diam. Terpandang lelaki yang tiba-tiba datang menyapa.Aku pulak pandang laki tu lama.Lelaki tu terpandang aku. Kemudian dia pandang diorang yang lain.“ Eh, Iqbal ke ni?” Farah mendekati.Jantung berdegub kencang.
Lelaki ni…Dia!Eh, dia ni yang kongsi teksi dengan aku tadi!Dia tanpa sunglasses.Ya ALLAH!Kalau di amati, memang dia.“ Maaflah korang. Aku ada hal sikit.”Nada suara dia pun dah berubah. Lebih mendatar.Syazwan meluru ke depan.“ Kawan-kawan. Introducing. Iqbal!!!”“ Seriously Iqbal?”Semua menghampiri dia. Aku sahaja yang menjauh.Suasana jadi riuh sebentar.Dan dia terpandang aku.

No comments:
Post a Comment