Pages

Tuesday, April 24, 2012

CINTA ITU DUSTA 1



Bibir mugilnya mengeluh lagi.Terasa bosan memikirkan masalah yang dihadapinya.Perasaannya bercampur-baur.Kebingungan dan kekesalan menguasai dirinya sekarang.Hatinya merintih pilu.Air matanya menitis buat kesekian kalinya.Pantas diseka.Dihempaskan tubuhnya ke atas tilam empuk yang tidak terasa nikmatnya. “Qis,Encik Fariz datang”ujar Mak Senah,pembantu rumah berusia 48 tahun itu. “Dia ada di bawah ke?” “Ye Qis.Dia tengah tunggu Qis tu”Mak Senah senyum.Dibalas senyuman itu. “Oh,terima kasih Mak Senah.Tolong buatkan air ya”Kakinya mengatur langkah perlahan menuruni anak tangga ke tingkat bawah.Bibirnya mengeluh lagi.Mak Senah hanya memerhatikan majikannya yang baru berusia 25 tahun itu sebelum kakinya turut melangkah,membuntuti majikannya. “Asslamualaikum Riz”sapanya lembut. “Waalaikumussalam”jawab Fariz.Ditatap wajah gadis pujaannya itu,Balqis Batrisya.Sayangnya,dia sudah jadi milik orang.Dan dia sendiri,telahpun bergelar suami kepada seorang isteri. “Qis macam mana?Sihat?”bibirnya menguntum senyum. “Alhamdulillah.Qis sentiasa sihat.Fariz?” “Oh I’m always fine”Fariz sengih.Balqis hanya ketawa kecil.Geli hati dengan lelaki yang dua tahun lebih tua daripadanya. “So,Where’s Hussein?”soal Fariz sambil menghirup the yang baru dihantar oleh Mak Senah.Matanya tak lepas memandang wajah Balqis.Matanya sembam.Kenapa? “Outstation”bibinya mengukir senyuman pahit.Siapa tahu,suaminya itu sudah dua hari tidak pulang ke rumah.Langsung tiada khabar berita.Jiwanya sengsara.Fariz mengangguk.Otaknya ligat berfikir perkara yang sesuai dibualkan. “Oh ya.Mana Ikmal?”soal Fariz.Cuba mengelakkan sepi bertandang. “Tidur kat atas.Penat agaknya.Tengah hari tadi nenek dan atuk dia datang.Riuh rumah ni”Balqis ketawa kecil. “Nenek dan atuk?Parents Qis ke?” “Eh tak lah.Parents Hussein.Dia orang singgah je tadi.Katanya rindu cucu” ‘Ah,dia orang memang bahagia’hati kecil Fariz berbisik lagi. “Ikmal dah 10 bulan kan?”soal Fariz.Balqis mengangguk.Bagai tak percaya bahawa anaknya sudah berusia 10 bulan.Usia perkahwinannya dengan Hussein sudahpun menginjak 21 bulan,hampir dua tahun. “Jue mana Riz?”teringat pula pada sahabat baiknya itu. “Oh,dia sekarang ni busy dengan butik dia”Jawab Fariz. ‘Dia dah beberapa hari tak balik sebenarnya Qis.I’m searching for her’Fariz menangis dalam hati. “Asyik dengan butik je.Tak terfikir anak?”Balqis mengusik. “She’s not ready yet Qis” “Is she?I thought it was you”Balqis terus mengusik. “Eh no.I’m always ready.She said we’re still young to have a baby”Fariz ketawa kecil. “What?” “Yes.That’s the truth” “She’s weird”Balqis ketawa terkenang sikap Julia Airina yang memang sering berselisih pendapat dengan orang lain.Fariz menyambut ketawa Balqis,mengiyakan.Sepi bertandang.Fariz menjeling ke arah jam tangan Rolexnya. “Actually,I singgah je ni.Ingat nak jumpa Hussein tapi dia tak ada pulak” “Hussein?For?” “Just nak cakap pasal business je.Maklumlah,dia berjaya.Nak ikut jejak langkah jugak” “Eh,Riz pun apa kurangnya”Balqis tersenyum.Fariz ketawa kecil. “Ke arah itu”Farzi ketawa disambut oleh Balqis. “Okaylah Qis.I gotta go.Nanti Hussein balik kirim salam kat dia ye.Pesan dekat Ikmal jangan nakal-nakal.Nanti Uncle Riz belanja Baskin Robbin”Fariz sudah bangun diikuti oleh Balqis yang sudah ketawa. “Belanja ibunya juga ya”Fariz mengangguk lalu ketawa kecil. “Okay lah Balqis.Saya balik dulu.Assalamualaikum” “Waalaikummusslam.Baik-baik drive”Fariz mengangguk lalu menghadiahkan Balqis sebuah senyuman manis.Balqis hanya menghantar Fariz dengan anak matanya. Balqis mencapai telefon bimbitnya sebaik sahaja selesai melipat telekung.Pantas didail nombor Hussein. ‘Nombor yang anda dail tiada di dalam perkhidmatan’ “What?”soal Balqis terkejut.Pantas air matanya gugur,tak mampu diseka lagi.Ikmal terbayang di dalam fikirannya.Bagaimana kehidupannya?Ke mana bapanya menghilang? ‘Tenang Balqis.Tenang.Ini cuma ujian.Ianya akan berakhir tak lama.Tempuhi segalanya dengan sabar.Ingat Allah.Istighfar banyak-banyak.Dia cuma mahu menduga kesabaran kita.Istighfar’Balqis menenangkan diri. “Qis”kedengaran suara Mak Senah dari luar.Pantas tangannya memulas tombol pintu. “Ya.Ada apa Mak Senah?”Balqis cuba melontarkan senyuman namun kelihatan tawar. “Ikmal meragam.Mak Senah tak tahu dah macam mana nak pujuk dia”Mak Senah melemparkan riak wajah kesal.Hussein kembali terbayang di depan mata.Di mana lelaki itu.Kian sebak dadanya. “Tak apa Mak Senah.Biar Qis pujuk dia.Bila dia bangun?Qis tak sedar pun”Balqis bertutur penuh sopan.Tenang mendengarnya. “Kira-kira setengah jam lepas.Qis tengah baca al-Quran tak nak la kacau”ujar Mak Senah. “Mak Senah dah solat Maghrib?”soal Balqis. “Belum lagi Qis.Ingat nak tunggu Mal tu diam dulu tadi.Tapi Qis dah nak pergi pujuk dia,Mak Senah pergi solat dulu ye”ujar Mak Senah.Balqis mengangguk. “Balqis..”Mak Senah memanggil perlahan.Pantas wajah Balqis ditatap. “Ye”sahut Balqis lembut. “Mak Senah tak berniat nak hambakan Qis.Tak jalankan tanggungjawab Mak Senah.Mak Senah harap Qis tak terasa hati bila Mak Senah beritahu Qis yang Mak Senah dah tak tahu macamana nak pujuk Mal.Jujur,Mak Senah tak tahu nak buat macam mana lagi”Mak Senah melontarkan kata-kata,penuh berhati-hati,risau kian mengguris perasaan majikannya. “Eh tak adalah Mak Senah.Jangan fikir macam tu.Mal tu memang macam tu.Kadang-kadang meragam terlebih.Mak Senah jangan risau.Qis langsung tak terasa dengan Mak Senah.Tanggungjawab Mak Senah dengan Allah lagi penting daripada tanggungjawb Mak Senah dengan Qis.Qis tak nak sebab Qis Mak Senah terlepas menunaikan kewajipan solat.Mak Senah jangan risau,Qis tak pernah terasa dengan Mak Senah.Qis dah anggap Mak Senah ni macam keluarga sendiri”Balqis melontarkan senyuman manis.Pantas orang tua itu dipeluknya.Mak Senah terharu. “Terima kasih Qis” “Qis tak buat apa-apa untuk Mak Senah”Balqis meleraikan pelukan.Mak Senah mengangguk lantas kakinya melangkah ke bilik.Balqis terus menuju ke arah Ikmal.Ditatapnya wajah bayi comel itu.Tangisannya berhenti sebaik sahaja Balqis mendukungnya lantas dicium pipi gebu si comel itu. “Mal,ibu rindu papa.Kenapa dia tak balik-balik lagi?”pantas air matanya diseka.Ikmal hanya memerhatikan ibunya,tanpa kata. “Mal jangan tinggal ibu nanti tau.Mal jaga ibu ye”sempat Balqis memberi pesan. ‘Mengertikah dia?Ah’Balqis mengeluh.Dicapainya alat kawalan jauh televisyen.Tiada siaran yang menarik minatnya saat ini.Terus dibuka siaran kartun,mungkin Ikmal menyukainya.Jelas rancangan Mr.Bean sedang ditayangkan.Bibirnya tidak mampu bergerak.Kotak ketawanya lumpuh buat seketika.Bayangan Hussein kian menjelma,kian jelas di mindanya. “Abang nak ke mana ni?”soal Balqis apabila melihat Hussein sedang bersiap-siap di hadapan cermin. “Tak ada kena-mengena dengan awak la”kasar suaranya.Balqis tersentak. “Bila abang nak balik?”soal Balqis lagi.Hussein membisu.Balqis bingung.Lama mereka membisu. “Abang,nanti dekat sana jangan lupa telefon ye.Takut Ikmal rindu abang,meragam pulak nanti”Balqis bersuara memecah kesunyian.Hussein terus membisu.Dicapainya briefcase yang diletakkan di atas katil.Baru sahaja dia ingin membuka langkah,tangannya ditarik lembut oleh Balqis. “Nak sarapan dulu ke abang?”soal Balqis lembut.Hussein merentap tangannya.Pantas ditenung Balqis dengan renungan tajam.Balqis terkedu. “Yang kau sibuk sangat ni kenapa?Hah?!Kau jangan nak menyibuk dalam hal aku boleh tak?Aku nak pergi mana suka hati aku la.Tak kacau minyak kereta kau!Aku nak balik bila tak ada kena-mengena dengan kau!Ikmal tu meragam,kisah apa aku?Pandai-pandai la kau jaga dia!”Balqis terkesima.Tak pernah Hussein mengherdiknya begitu. “Abang!Abang tu suami Qis.Qis layak tahu abang nak ke mana,bila abang balik.Ikmal tu anak abang jugak.Tak ada dia tanpa abang!Dia tu tanggungjawab abang bukan Qis seorang bang!”air mata Balqis sudahpun gugur.Dikawal suaranya agar tidak menengking.Hussein mengeluh.Kakinya terus melangkah,meninggalkan Balqis teresak-esak. “Qis!Qis!Kenapa ni?”soal Mak Senah.Balqis tersentak.Pantas air matanya diseka dengan hujung jari.Ditatapnya wajah tua Mak Senah.Didakapnya tubuh tua itu.Balqis menangis semahu-mahunya di bahu Mak Senah. “Qis,mengucap Qis.Ingat Allah banyak-banyak.Cakap dekat Mak Senah apa yang jadi ni”Mak Senah memujuk lembut. “Qis rindu abang Sein Mak Senah.Qis tak tahu mana dia pergi.Qis risau”Balqis mengadu.Esaknya makin kedengaran. “Sabar Qis.Nanti balik la dia.Mak Senah yakin,Sein tu bertanggungjawab orangnya.Dia sayang Qis,sayang Ikmal tu.Dia mesti tahu tanggungjawab dia.Mak Senah yakin dengan dia.Qis pun kena yakin dengan suami Qis sendiri.Yakin pada Allah.Anggap ini ujian.Banyakkan istighfar,solat ya nak”pesan Mak Senah.Balqis kian tenang.Tubuh Mak Senah tersu didakap.Tenang hatinya.Lama dirinya merindui belaian kasih seorang ibu setelah kematian ibu kandung pada usia baru mencecah tujuh tahun. “Terima kasih Mak Senah”Blaqis melontarkan senyuman.Dibalas dengan anggukan oleh Mak Senah. “Mak Senah pergi dulu ye.Nak kemas dapur”,Balqis mengangguk.Ikmal sudahpun dibuai mimpi.Bila?Entah. ‘Pulanglah abang…’hatinya merintih pilu. 
 Bersambung.......

No comments:

Post a Comment