Pages

Wednesday, April 25, 2012

HANTARAN HATI 2

Lama sudah kejadian itu berlalu. Selama itulah bila Kamal tanyakan khabar tentang Aisyah pada Mak Leha, wanita itu memberitahu Aisyah sekadar sihat. Mahu ditanya lebih-lebih takut lain pula sangkaan wanita tua itu. Tapi… Makin dipendam rasa rindu ini makin sakit hatinya terasa sengsara. Jadi sampai bila mahu dibiarkan bunga yang dipuja dibiarkan pergi begitu saja. Paling tidak, dia harus usaha untuk milikinya. “Nak, wak ni selalu nampak anak ni solat mahgrib dan isyak kat surau ni.. tapi tak tahu pulak namanya siapa.” Tegur seorang lelaki tua ramah kepadanya ketika dia mahu keluar dari surau. “Saya Kamal.” Lelaki tua itu tersenyum. “Wak ni nama Sudin”balas lelaki tua itu dengan loghat jawanya. Mereka berjalan seiring sambil berbual. Macam-macam yang ditanyakan oleh Wak Sudin kepada Kamal sehinggalah mereka tiba di blok perumahan Sudin. “Kamal dah ada berapa orang anak?” Kamal tersenyum. “Saya belum kahwin lagi..” “Bujanglah ni… kalau gitu, marilah ke rumah wak.”pelawa Wak Sudin yang senang membahasakan dirinya wak. Kamal terkejut menerima pelawaan lelaki tua itu. Dia cuba menolak dengan baik. Kalau boleh tidak mahu diganggu waktu emas yang ada pada keluarga itu. “Tak apalah wak… susahkan wak saja.” “Eh, tidaklah! Wak tinggal berdua je dengan anak wak. Marilah, boleh kita makan malam sama. Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari.” Kamal mengangguk setuju. Daun pintu rumah ditolak perlahan. Suasana perumahan flat memang agak suram memandangkan bangunan itu juga sudah agak lama. Penghuninya juga terdiri dari golongan berpendapatan rendah. Namun keriuhannya jelas terasa. Mata Kamal bertembung dengan mata anak Wak Sudin. Mereka terpana seketika. “Eh, Kamal! Apa tercegat kat situ je, masuklah! Jangan segan-segan. Esyah, hidangkan nasi. Abah ada bawa tamu ni.” Aisyah yang tadi duduk menonton televisyen terus bingkas kedapur. Wak Sudin mempelawa Kamal duduk. Seluruh ruang itu diperhatikan teliti. Biarpun sempit tapi nampak kemas.“Dah lama wak duduk sini?” “Lama juga. Isteri wak meninggal masa Aisyah umur sepuluh tahun. Wak nak bela Aisyah, tahu sajalah KL ni…. teruk sangat kelakuan remaja-remajanya. Jadi, wak hantar dia ke kampung. Sekurang-kurangnya boleh jaga nenek dia. Masa umur dia 18tahun orang masuk meminang, dia pun kahwin. Suami dia tu bagus orangnya. Tapi sayang, jodoh tak panjang. Suami dia mati lemas masa banjir besar dulu.” “Berapa lama mereka kahwin?” “Dua tahun.” “Tak ada anak?” Wak Sudin menggeleng kepala. “Lepas suami dia meninggal, Wak ada ajak dia datang ke KL ni tapi dia tak mahu. Dia kata nak jaga nenek. Enam bulan lepas neneknya meninggal barulah dia mahu kemari. Itupun dah naik jenuh Mak Longnya memujuk. Wak bukan apa, kat sana tu dah tak ada sesiapa nak tengok-tengok kan dia. Kalau kat sini, dapat jugaklah temankan Wak kat rumah ni. Tak pun, temankan Mak Longnya bila Wak kerja.” “Wak kerja kat mana?” “Wak ni jadi jaga di bank, Kamal. Kalau Wak tak kerja, nanti kami nak makan apa?” “Abah….” Suara Aisyah mencelah. Perbualan yang tadi rancak mati tiba-tiba. Kedua lelaki itu memandang serentak ke arahnya. “Esyah dah hidangkan… dah boleh ajak makan.” “Mari Kamal…. Ini saja yang ada kat rumah Wak ni.” “Ini pun dah lebih dari cukup, Wak….” Pujuk Kamal menyurut rasa rendah diri Wak Sudin. Mereka duduk semeja mengadap lauk pauk yang agak ringkas itu sementara Aisyah menyendukkan nasi ke dalam pinggan. “Awak tak makan sama?” pelawa Kamal kearah Aisyah. Dari tadi wajah Aisyah masam mencuka. Marahnya masih bersisa lagi Nampak nya. Pinggan yang diunjukkan oleh Aisyah disambut juga akhirnya. Aisyah menjeling kearah Kamal sebelum masuk ke dalam bilik. “Dah berapa tahun arwah suaminya meninggal?” “Mmm… dekat….8 tahun!” Jawab Wak Sudin lambat sambil mencongak-congak dalam fikiran. ‘ermm 28 ke umur dia?’ “Tak ada yang melamar lagi ke Wak?” “Ada! Ramai…. Tapi itulah. Anak Wak yang tak nak.” “Kenapa?” “Wak pun tak tahulah Kamal.” Ada keluhan yang bertandang dihujung suara Wak Sudin. Kamal tidak bersoal lebih lanjut lagi. Makanan yang dijamah tadi sudah tidak terasa dikerokongnya. Dia mahu bertindak nekad. Untung sabut, timbul. Untung batu tenggelam. Dilihat wak Sudin telah membasuh tangannya. Kamal mempercepatkan suapannya. Selesai meneguk air Wak Sudin keruang tamu. “Esyah, dah... pergi makan.”mendengar suara bapanya, Aisyah keluar dari bilik. Dia membawa pinggan bapanya ke dapur lalu kembali bersama pinggan yang baru. “Aku nak lamar kau!”beritahu Kamal separuh berbisik kepada Aisyah. Gadis itu menjeling. Tidak gemar melayan gurauan lelaki itu. Kamal membasuh tangannya lalu dilap tangannya dengan sapu tangan yang ada disitu. Akhirnya dia menyertai Wak Sudin diruang tamu. Melihatkan Kamal dan Wak Sudin kembali berbual, Aisyah menyediakan kopi panas. Beberapa minit kemudian dihidangkan sebelum meneruskan suapannya semula. “Wak…” Kamal bersuara. Wak Sudin memasang telinga menanti butir bicara anak muda itu. Entah mengapa karenah Kamal agak berlainan tiba-tiba. “Saya ingin melamar Aisyah menjadi isteri saya.” Wak Sudin terkejut lantas terpinga-pinga kehairan. Dia sedikit tersenyum tawar. “Barangkali Kamal ada sedikit salah faham disebalik cerita Wak tadi…. Anak Wak ni janda, bukan lagi anak dara. Dia juga bukan orang Bandar, Kamal. Lagi pula, cerita tadi bukan mahu meminta simpati.” “Saya tahu. Saya dah pun kenal dia sebelum ni. Aisyah ni anak saudara Mak Lehakan? Saya tuan rumah tempat Mak Leha bekerja.” “Masha Allah! Kecil sungguh dunia ni ya…..” Kamal mengangguk mengakui kata-kata Wak Sudin. Sesekali matanya melirik kearah Aisyah yang membisu di meja makan. Dia perlukan kata putus dari bapa perempuan itu. “Jika itu hajat Kamal, kalau boleh biarlah kita buat cara yang tertib. Bawa orang tua datang bertandang ke mari. Kita boleh kenal-kenal.” “Tak payah….!”terdengar suara Aisyah menyampuk dari belakang bapanya. Mata Kamal menerjah tepat ke wajah Aisyah. “Saya tak dapat terima lamaran tu.” Aisyah berkeras memberi kata putus. “Saya akan datang bersama keluarga saya hujung minggu ni. Kalau pakcik nak terima, terimalah masa tu… dan kalau nak tolak, tolaklah masa tu juga. Ermmm, saya minta diri dulu.” “Nanti dulu….!!!”Suara Aisyah menerjah lagi. Langkah kaki Kamal terhenti walaupun sudah berdiri untuk melangkah pergi. “Saya sudi terima kalau awak terima syaratnya” “Apa syaratnya?” Aisyah menarik dan melepaskan nafas beratnya. “Duit hantaran sebanyak lima ratus ribu dan…. Tinggalkan segala kekayaan dan kejayaan yang awak miliki sekarang ni. Saya mahu awak tinggalkan kehidupan bandar dan tinggal dikampung.” Kamal tersentak. “What? Are you sick!!!!” “Terpulang……”putus Aisyah berserah. “Jangan ambil hati Kamal. Aisyah bergurau saja tu.” “Esyah tak gurau abah! Esyah sedia terima lamaran dia.” Kamal merenung wajah Aisyah dalam-dalam mencari maksud sebenar bicara gadis itu. Tidak sedikitpun rasa bersalah dihati Aisyah. Kamal mengangguk mengerti sebelum beredar meninggalkan flat itu. ******************************************* “Kau gila ke Mal!” Sergah ayahnya apabila Kamal memberitahu syarat yang diletakkan oleh gadis pilihannya. Marah benar Tan Sri Tajudin apabila mendapat tahu permintaan pihak perempuan sebegitu tinggi. Kamal tersandar lesu di sofa. Berminggu-minggu dia memikirkan keputusannya. Dia sendiri tidak menyangka keputusan Aisyah sangat muktamad. Malah ketika majlis merisik dua minggu sudah juga dinyatakan tentang pendiriannya itu. Dan baru kejap tadi Kamal bersetuju dengan permintaan Aisyah. Dia sanggup memberikan satu juta sekalipun kalau Aisyah mahu sebagai hantaran. Tapi permintaan kedua yang minta dia tinggalkan segala yang dicipta selama ini... itu tidak mungkin. Bukan senang dibina segala kejayaan ini. Semuanya bukan dapat dengan percuma. “Esok saya nak resign…..”putus Kamal bersahaja. “Kau dah fakir masak-masak, Kamal?” Soal Puan Seri Rohani. Bingung Kamal dibuatnya. “Kan perempuan kat Bandar ni berlambak… kenapa budak kampung tu juga yang kau nak?” Sergah Tan Sri tajudin. “Dia bukan orang yang sembarangan papa.” “Memanglah... sebab dia janda! Baiklah… suka hati kau nak buat apa. Tapi jangan menyesal kalau kau tertipu dengan muslihat perempuan tu.” “Hmmmm…. “Kamal sekadar melepaskan keluhan. Hatinya sudah tidak keruan lagi. Mana bisa dibuat sebarang perbandingan yang baik atau yang buruk. Yang dia tahu hanyalah Aisyah. Aisyah… Aisyah... Aisyah!

Aisyah tidak tahu kemana Kamal menghilang. Sejak permintaan hantaran dan syarat yang lain diterima, Kamal menyepi begitu saja. Fikiran Aisyah tidak tenang kebelakangan ini. Lebih-lebih lagi setelah mendapat warkah yang tidak diundang. Aisyah, Pertama kali melihatmu aku jatuh hati. Kau tidaklah secantik Diana. Malah tak seseksi perempuan yang aku kenali dan miliki dulu. Kau cuma perempuan biasa yang berbaju kurung dan bertudung. Tapi itu sudah cukup untuk membuat hati aku terpikat. Sejak pertama kali lagi aku telah berniat dan beristikharah, jika ini jodoh aku.. lepas tiga kali aku jumpa kau, aku akan miliki kau walau apa cara sekalipun. Dan kini aku dalam proses itu. Ketika kau baca surat ini, aku telah tinggalkan segala kemewahan yang aku miliki disini. Pergi tanpa harta yang penah aku miliki. Dalam usia 35 tahun ini aku terpaksa memulakan semula kehidupan aku semata-mata untuk milikimu. Aku akan bina empayar aku sendiri untuk miliki kau. Dan permintaan aku…. Jika sejuta ringgit sekalipun yang kau minta aku sanggup berikan asal kau terima sekeping hati ini sebagai hantarannya. Terimalah dengan setulus cintamu. Berikan aku masa enam bulan. Pasti segalanya akan berjalan seperti yang kita rancang. Tunggulah aku walau sekali… Yang mencintaimu, Kamal Asyriq. Aisyah merenyuk surat yang diterima itu. Lalu dicampak entah kemana. Marahnya masih bersisa terhadap lelaki itu. ‘Orang gila!!!’sumpah Aisyah marah. Namun sedetik itu terselit rasa rindu dihatinya. Dia menghitung hari-hari yang bakal berlalu. Terasa jauh sekali untuk menanti waktu itu. Sungguh Aisyah tidak sanggup berada dibandar serba padat ini. Apatah lagi menanti kata putus Kamal yang kian menghampiri. Benarkah Kamal tetap mahu memilikinya juga? Mengapa dia? Aisyah tak pasti apakah benar apa yang dibuat ni? Kehadiran Puan Seri Rohani meminta dia meninggalkan Kamal telah ditunaikan. Dia kini sudah pulang kembali ke kampung, rumah peninggalan neneknya. Biarlah dia berada disitu meneruskan kehidupannya. Cukuplah Bandaraya Kuala Lumpur meninggalkan kenangan seribu satu rasa. “Apa yang kau menungkan tu Esyah?” Sergah Mak Long yang juga mengambil keputusan untuk menetap dikampung. Aisyah memandang Mak Longnya dengan wajah yang suram. Faham ke Mak Long apa yang dirasa kini? “Ni ada orang nak jumpa Esyah ni...” kata-kata Mak Long menarik matanya memandang ke arah wanita tua itu. Di sisinya berdiri seorang yang amat dikenali dulu.... Kamal!? Mak Long meninggalkan mereka berdua di situ. Ada baiknya dikhabarkan kedatangan Kamal kepada adiknya, Sudin. “Awak buat apa kat sini?” soal Aisyah kurang senang dengan kemunculan Kamal. Akhirnya berjaya juga lelaki itu menjejaknya. “Ni dia cek lima ratus ribu yang kau mahu tu. Dan aku dah tinggalkan semua yang aku ada selama ini... jawatan.. harta benda aku.... semuanya! Aku nak kau tunaikan janji kau, Kita akan bina hidup kita di sini, dikampung kau ni.”ujar Kamal. Cek ditangan Kamal tidak disambut. Aisyah berteleku di tepi tangga. “Saya terlupa, awak memang mampu untuk sediakan wang lima ratus ribu itu” ujar Aisyah sinis. “Kau ingat aku minta dengan bapa aku ke? Duit tu hasil dari penjualan apartment aku dan kereta. Selebihnya sedikit syer yang aku ada dekat syarikat papa. Mmm, aku dah tak ada apa-apa dah!” Suara Kamal sedikit mengendur lemah. Dia masih belum mampu percaya akan apa yang dilakukan ini. “Jadi menyesal?” “Menyesal? Setelah sampai ke tahap ini? Aku tak menyesal sikitpun. Aku cuma mahukan kau. Duit bila-bila boleh cari.” “Awak ni tak faham ke... apa yang saya dah buat kat awak?”Wajah Aisyah direnung dalam-dalam. Apa yang dia tidak faham? Apa yang aisyah cuba buat padanya? “Saya buat semua ni sebab….” Aisyah tunduk. Dia tidak menyangka sejauh ini kerumitan yang berlaku. Kamal masih kaku berdiri dihadapan Aisyah. Masih setia menanti butir bicara gadis itu. Harus bagaimana lagi dibuktikan kesungguhannya untuk memiliki cinta si gadis ini? Pengorbanannya sudah terlalu jauh dilakukan. Dia sudah tidak mampu berundur lagi. “Saya... saya tak mahu kahwin dengan awak.” “What?!” “Saya minta semua ni sebab tak mahu awak meminang saya sekali gus tak jadi kawin dengan saya. Saya tak nak kahwin dengan awak!” “Why?” “saya janda! Tak faham ke?” “Aku pun bukan teruna lagi.” Aisyah ketap bibir. Tidak senang dengan bicara lelaki itu. Kamal tersenyum lembut. “Saya tak mampu ada dalam kehidupan sosial awak. Saya tak mahu berkongsi kehidupan maksiat akan datang...” Kamal tersenyum. “Aisyah, bagitahu aku… Kau cintakan aku atau tak?” “Tak!” Kamal mengangguk faham. Dia seakan kecewa. Tidak sangka hati gadis ini begitu tebal untuk tertarik kepadanya. Dia mengeluar kan sesuatu dari beg sandangnya lalu diserahkan kitab Penenang jiwa, pengubatan dan rawatan oleh Imam Ghazali kepada Aisyah. Dahi gadis itu berkerut menerima kitab itu. “Kau tertinggal kitab ni kat rumah aku dulu. Aku nak pulangkan semula. Kitab ni banyak gunanya pada aku. Terima kasih sebab layan aku begini, Aisyah.” Langkah kakinya mula digerakkan melangkah ke bahu jalan. “Tapi saya akan terimanya kalau awak bagi saya hantaran yang lebih mahal dari tu.”sambung Aisyah lagi. Kamal menoleh, matanya berkelip beberapa kali. “Nak duit lagi ke?” dahinya berkerut. ‘Mata duitan betulla pompuan nih...’ “Lebih dari duit.” ‘Lebih dari itu... huh... camni reputlah nyawa aku.’Kamal kembali semula menghampiri Aisyah. Kali ini dia ingin bersemuka dengan gadis ini. Mahu Perbincangan yang muktamad dan jelas. ‘Senang-senang aku bawak lari je anak Wak Sudin ni kang... habis cerita!” “Apa?” “Hantarannya; sekeping hati awak tu.” Redup mata Aisyah menjawab jawapan itu. Merekah senyuman Kamal mendengarnya. “Terima Kasih, Aisyah!” Kamal memeluk Aisyah. Cuak aisyah tiba-tiba dipeluk begitu. “Eh apa ni?!” Spontan tangan Kamal melepaskan pelukan di tubuh Aisyah. Mereka belum sah untuk disatukan. Mana bisa berbuat lebih dari itu. Kamal tersipu malu. Dia lupa untuk mengawal perasaannya.
“Aisyah marah?” “Hmmmm....” hanya sekadar itu saja? “Bila awak nak bagi hantaran tu?” soalan berubah tajuk. “Hantaran lima ratus ribu tu ke?” Aisyah berdenyus manja seakan merajuk. ‘Dah tua-tua pun tak faham-faham lagi cakap orang....’ Kamal tersenyum. Kali ini senyumnya amat tenang sekali. Sedikit demi sedikit dia makin mengenali Aisyah. Rupanya gadis ini manja orangnya. Mungkin ada banyak lagi yang Kamal tidak tahu keistimewaannya. “Jangankan hati, sayang! isi perutpun abang sanggup bagi tau.” Bisik Kamal nakal. “Ermmm... abang nak kerja semula dengan keluarga abang ke?” ‘Abang? Hehehe.... Aisyah panggil aku abang? Yahoooooo.... Aisyah panggil aku abang. Yessss... Yessss.... Yessss!!!!!’ “Errrr.... sayang nak ke balik ke KL semula?” Aisyah sekadar memandangnya tanpa bicara. Dia sendiri menanti bicara dari Kamal. Masing-masing sepi sendiri. “Abang dah ada syarikat disini. Dalam tempoh 6 bulan ni perkembangannya memberansangkan. Dijangka hujung tahun ni keuntungan akan melepasi satu juta ringgit. Dua kali ganda dari duit hantaran sayang. Ambillah cek ni....” “Nak buat apa?” suara Aisyah sedikit geram. Wajah Kamal dijeling tajam. ‘Mamat ni memang nak cari pasal nampak....’ “Abang nak gadaikan hati abang eh?” “Eh, tak lah! Ini duit Aisyah... sayang buatlah apa yang sayang nak.” “Ok...” Aisyah mengambil cek itu lalu mengoyakkannya. Kamal faham apa yang dimaksudkan oleh Aisyah. Dah dia yang kata begitu.... “Abang cuma nak sayang je. Tolong lah, tolong cintai abang sepenuh hati sebab lepas ni abang mahu sayang bahagia berada disisi abang.” Aisyah tersenyum malu. Kata-kata itu cukup menyenangkan. Dan saat itu barulah Kamal dapat menikmati sekuntum senyum yang terlalu lokek dari Aisyah selama ini. Hantaran hati buat Aisyah…. ‘Hanya hatimu yang ku mahukan. Kesungguhanmu jawapan untuk kasih sayangku….’ -TAMAT-

No comments:

Post a Comment